BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

banyak da kes cm ni....

org2 besar xtau ape kje dorg buat..

gentel telor gamaknya..

so hati2 la....

Sari menyalahkan orang lain, apa kata bro amik inisiatif semak dan senaraikan nama sebenar setiap pemilik restoran mamak yang ada. Lepastu listkan kat website. Nanti ramai orang akan lawat website bro. Boleh dapat trafik and buat duit.

Modal kene keluar just utk buat carian ssm aja la.:)cgrock
 
Restoran tiada sijil halal

144082.jpg

Bekalan bahan mentah yang tidak simpan dengan baik Gambar kanan: Keadaan restoran yang kotor kerana tidak menggunakan perangkap gris seperti disyaratkan PBT

SHAH ALAM - Restoran yang tular di media sosial apabila seorang pekerjanya ditampar pelanggannya 1 Januari lalu, didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Dalam pemeriksaan bersepadu dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), premis turut didapati menggunakan bekalan bahan mentah termasuk daging kambing daripada pembekal yang tidak memiliki SPHM.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, pihaknya menjalankan siasatan di premis tersebut selepas menerima aduan orang awam yang keliru apabila terdapat ayat al-Quran digantung dalam premis sedangkan pemiliknya dikatakan bukan beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya juga menerima aduan terdapat tulisan jawi pada papan tanda perniagaan selain bungkusan kain kuning digantung di sebelah ayat al-Quran dipercayai tangkal atau azimat.

“Hasil pemeriksaan sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati pemilikan premis dikongsi dua individu, seorang beragama Islam manakala seorang lagi bukan beragama Islam. Kesemua pekerja bukan Islam, hanya dua orang beragama Islam.

“Apa yang meragukan terdapat bungkusan kain kuning digantung di sebelah ayat al-Quran dipercayai sebagai tangkal dan azimat ,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan itu dijalankan Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Salwana berkata, hasil pemeriksaan pengusaha didapati gagal menjaga kebersihan.

Ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat bahan mentah diletakkan di atas lantai pecah serta berlubang.


https://www.sinarharian.com.my/arti...oran-tular-pekerja-ditampar-tiada-sijil-halal
 
Kalau boleh nak mengaku siam sekali...Masakan tom Yam pun dah pandai dah jual...
 
pelita rasanya india hindu punya.. aritu ade tokey dia pegi hadiri perkawenan hindu

pelita ada shareholder, di mana ada shareholder dia orang islam..halal pun disahkan jakim

berbanding kedai mamak yg ntah mana2, halal takde, owner pun india...
 
den dh terkono dh termakan kek kedai mamak tiruan di seksyen 25 awal thn 2000....tengok dpd luor sebijik mcm kedai mamak & staff dio pakai kemeja ijau & songkok ijau..... lapar sgt den & kwn2 masuklah mkn nasi kandar+ayam+tehais

lps mkn baru prasan takdo ayat quran gantung kek dinding...staf pun ado tattoo/rantai di lengan/tengkuk

jahanam... selamat jadi darah daging aku... patutlah raso malas nk ngaji & solat tak khusyuk
 
kita asyik kena tiputak habis habis...bukan kita sengaja nak makan tempat yg was was,tapi kekadang alpa,lalai cuai kat sikap diri kita pun iye juga...

Perkara yg was was ni ada hadith dia,boleh tergelincir jadi haram...
 
Aku pernah pi satu kedai mamak yg famous bersama dengan sorang kawan yg berketurunan mamak. Masa pekerja tu dtg amik order dia pun interview la pekerja tu dlm bahasa india, lepas tu dia bgtau aku yv pekerja2 dlm kedai mamak tu bukan Islam. Sejak tu aku tk pi kedai mamak tu dan lain2 kedai mamak.
 
No pork no lard shud be halal kan?

orang ISLAM lain...

org ISLAM makan daging yg disembelih dgn cara ISLAM...
- cara sembelihan yg mengasihani haiwan tu sendiri (tidak menyeksa binatang)
- kebersihan...


kalau bro nampak ada org Melayu yg pengotor, itu bermakna dia tak ikut ajaran ISLAM....

sbb ISLAM mementingkan kebersihan..



zaman sekarang banyak kedai Mamak menipu,,,katanya ISLAM, tapi rupa-rupanya semua owner dan staff Hindu....

menipu itu berdosa... jahat dan keji...

kita org ISLAM kadang2 tertipu....



tapi kalau bro nampak ada org Melayu yg penipu, maksudnya dia tak ikut ajaran ISLAM..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register