BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertembak diri sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SUNGAI SIPUT – Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri selepas senapang patah yang dibawanya meletup di kawasan hutan di Kampung Lasah, dekat sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1 pagi dan mangsa, S Kanaga Raja, 33, telah ke lokasi kejadian untuk tujuan tertentu.

Menurutnya, mangsa masuk ke kawasan hutan berkenaan bersama tiga lagi rakannya yang juga anggota Rela dengan menaiki motosikal.

“Semasa kejadian, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian dan membawa selaras senapang patah milik seorang rakan lain, sementara dua lagi rakannya menaiki motosikal berasingan.

“Senapang patah yang dibawa mangsa dikatakan tertembak dengan sendiri sebaik sahaja mangsa memberhentikan motosikal, sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, Ahad lalu.

Menurut Azman, tembakan secara tiba-tiba itu telah mengenai mangsa menyebabkan kecederaan parah pada bahagian bawah dagu yang akhirnya membawa maut.

Katanya, rakan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput dalam kadar segera selepas kejadian dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk dibedah siasat.

“Polis turut difahamkan, mangsa yang tinggal di Ladang Sungai Kruda, Jalan Lintang, di sini, bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit dan meninggalkan seorang balu bersama tiga anak,” katanya.

Simpati dengan kejadian yang menimpa mangsa, Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dan Ketua Parti Gerakan Sungai Siput, S Kalimuthu, turut menziarahi keluarga mangsa di HSS.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tertembak-diri-sendiri-1.16567
 
bawak loaded weapon sambil naik moto...
 
kena dagu tu, x blh bayangkan mcm mana ngeri nya
 
sepupu bini aku polis di pulau pinang, tertembak kepala sendiri kena sedikit otak.
Masih hidup. tapi lupa ingatan dan hanya terbaring di atas katil.
 
main paintball pn ada pin lock... ni senapang sepatutnya kena ada pin lock..
 
senapang tu mmg ada lock, maybe lock leh tergerak masa moto berjalan. Cuma ye, kenapa bawak loaded weapon sambil naik moto? Kesian kt org2 RELA, kasi senapang tapi tak diajar cara betul nk guna senapang..
 
:o:o:o

Baru 2 minggu lepas...

Seorg kenalan saya....sahabat baik kpd Biras saya.. (sangat rapat...kira macam saudara lee..)

Dia bertugas jaga pagar karen TNB (pagar karen sebab nak elak Gajah kat Lenggong, Perak ) PERAK JUGA!

Saya cerita panjang sikit...sebab agak "Dramatik"

Kejadian berlaku masa anak saudara saya dgn biras saya tu p Taiping utk ambil result PMR dia (Alhamdullillah 9 A)...sekitar jam 10 pagi..Tiba tiba kereta dia terkena batu melantun dan pecah lampu depan sebiji..


Pada waktu yg sama ...kawan baik dia ni Din namanya..di percayai tertembak diri sendiri...sebijik mcm kes kat atas...bawah dagu juga!:((


Sebenarnya dia masuk hutan tu seorg diri...tapi...waktu anggaran ni adalah sbb...mak dia call dia pukul sekitar 9.30...dan pukul 10 tu mak dia call lagi...tapi ali ni tak berjawab..

Pukul 4 petg...Biras saya call pulak nak ajak dia minum ...pun tak berjawab...

& Bila hari dah mula gelap...mak dia risau ..jadi dia call Biras saya minta tolong...

Biras saya call semua kenalan...semua tak tau dia di mana ...jadi berdasarkan kata mak dia yg dia di hutan pukul 9.30...& sejak pukul 10 pagi tak jwb call...Biras saya kumpul dlm 100 org & buat operasi cari...dalam hujan lebat malam tu!

Malam tu tak jumpa...

Sambung esok paginya.....Pukul 10 pagi...jumpa mayat dia di sebelah moto dia...dengan kesan tembakan di bawah dagu..


Tak ada langsung kesan rontaan ...sebelah tangan dia masih kat handle!


Menurut Biras saya..dia hairan sebab Allahyarham sebenarnya seorg yg mahir & teliti dalam kendali senjata dia!..& tak pernah dia bawah motor dgn senapang loded!

Dia kata...walaupun kat situ byk ayam hutan...kalo kita nampak ayam hutan...jangan matikan moto...dia tak lari!..so...boleh load & tembak..

Drp pengamatan dia...dia syak...Din ni tengah selak daun sawit yg halang jalan...sambil sebelah tangan pulas minyak..& senapang tu freely dlm bakul depan...terandas ke dagu dia (dia ni tinggi )..& pada waktu tu meletup!

(dia masih hairan...kenapa ada peluru)

Selepas tertembak...dia terus tak sedar dah..


wah..2 kejadian yg mirip mirip nampaknya...:o
 
Back
Top
Log in Register