kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Terdapat 2,400 spesies tumbuhan perubatan
KUCHING: Hutan negeri ini perlu diterokai, khususnya dalam usaha mencari serta mengeluarkan hasil perubatan tradisional, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.Beliau berkata, meskipun kaedah perubatan moden dari negara barat terbukti diterima, namun pendekatan perubatan timur juga diiktiraf dapat merawat pesakit.
Sehubungan itu, Dr Chan berharap pengamal-pengamal perubatan barat menjalin kerjasama dengan pengamalpengamal perubatan tradisional di sini bagi meningkatkan kualiti dan mutu produk perubatan tradisional.
“Menurut laporan kajian terkini Pusat Kepelbagaian Biodiversiti Sarawak (SBC) terdapat 2, 400 spesies tumbuhan perubatan dan herba di negeri ini.
“Saya berharap kekayaan sumber semula jadi ini dapat menarik para penyelidik, sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjalankan kajian mereka di negeri ini,” katanya pada majlis makan malam sempena Kongres Perubatan Tradisional Antarabangsa Malaysia Pertama di sini, malam semalam.
Menurut Dr Chan lagi, terdapat ramai pengamal perubatan tradisional tempatan yang berkelayakan membantu mereka (penyelidik dari luar) menjalankan penyelidikan mereka.
“Menjalankan kajian berkenaan perubatan tradisional amat bermanfaat bagi jangka masa yang panjang,” ujar Dr Chan lagi.
Pada majlis yang sama, pengerusi Persatuan Penyelidikan dan Kajian Perubatan Tradisional Cina Chung Hua Malaysia, Profesor Dr C.C. Wong turut melancarkan buku yang berjudul ‘’Introduction to Malaysian Herbs’.
Menurut Dr Wong, buku itu ditulis bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai perubatan tradisional.
http://www.theborneopost.com/?p=60131