BTC USD 83,009.6 Gold USD 4,135.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

askum bro...lame x join forum nih..sibuk ngn study skett...nak tny..bro ade bwat test lab untuk EM x...? sy just nak dptkan spec untuk EM nih..


Salam.

Tak penah buat.

Nak test EM boleh test kat Institut Biotek Melaka. Mmg ada servis microb plate count dan macam2 lagi. Siap duit je hehe.
 
Salam.

Tak penah buat.

Nak test EM boleh test kat Institut Biotek Melaka. Mmg ada servis microb plate count dan macam2 lagi. Siap duit je hehe.

haha..mane2 test mmg kne siap duit..=p bkn pe..ramai yg da buat sendri EM nih..so nk gak tau spec yg baik tu cmne..agak2 bro brape eh nk kne bayor tuk wat test tu..?
 
aku berminat la nak buat cacing ni..aku dengar potensi cacing ni meluas.tapi aku x brp tau camne nak ternak..bleh sape2 bg maklumat skit x camne nak ternak?

ada sape2 x yg dok kat area utara ni utk membolehkan aku gi blaja??
 
nak kena test dulu.... baja tu lak hantar lab test... kalau result ok, boleh je proceed.

confident ke leh dpt qty besar + konsisten?

Sdr CuciManja, boleh kongsi ke nak pakai standard mana kalau nak tau result tu ok ke tak? Setakat ni saya dah cari tapi masih belum jumpa lagi.

TQ
 
askum bro...lame x join forum nih..sibuk ngn study skett...nak tny..bro ade bwat test lab untuk EM x...? sy just nak dptkan spec untuk EM nih..

Sekadar beri pendapat (kalau salah harap dapat dibetulkan):

EM yang paling banyak digunakan di Malaysia ni adalah EM.1 dan ia merupakan jenama produk kepada EMRO. Secara asas ia mengandungi kultur lebih 80 spesis mikrob terpilih yang bermanfaat, tapi apa-apa spesis tu menjadi rahsia kepada EMRO (rahsia bisnes diaorang). Kalau dikira secara kasar, spesis2 mikrob ni terdiri dari 5 kumpulan utama iaitu

1. Bakteria fotosintesis,
2. Bakteria Asid Laktik,
3. Bakteria Aktinomysin,
4. Yis dan
5. Fungi.

Berapa kuantitinya atau kapasitinya (kepekatan) juga menjadi rahsia EMRO. Yang nyata ia adalah pekat. kalau nak guna kena aktifkan dulu @ cairkan dulu.

Biasanya jarang ada yang mahu membuat lab test untuk dapatkan spec EM.1 ni kecuali bagi mereka yang berniat untuk buat secara komersil. Dalam kata lain nak "curi" rahsia perniagaan EMRO ni. Kalau untuk tujuan tu, analisis mikrobiologi yang panjang & rumit perlu dilaksanakan dan setiap satu dari 80 spesis lebih mikrob tu perlu di kulturkan secara berasingan. Kemudian kena pulak campur balik dalam kuantiti yang betul. Eh memang cerewet la proses dia! Kalau dapat pun, tak boleh manufacture jugak tanpa kebenaran EMRO, sebab formula tu dah jadi hakcipta / hakmilik (saya tak tau yang mana satu) EMRO.

Lagi baik kalau buat research penggunaan kerana itu lebih dekat dengan kita sebagai pengguna. Tapi kalau kita nak buat IMO mungkin boleh buat research mikrobiologi ni. IMO ni asasnya sama dengan EM, tapi perlaksanaannya agak berbeza, dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa.

Saat
 
nak kena test dulu.... baja tu lak hantar lab test... kalau result ok, boleh je proceed.

confident ke leh dpt qty besar + konsisten?

test = bape kos?

klu nak quantity bsau ngan konsisten tu ok je tp jgn le nak byk2 sgt....l
 
macam mana nak buat EM1 sendiri...ada otai2 le kongsi ilmu x?
 
Sdr CuciManja, boleh kongsi ke nak pakai standard mana kalau nak tau result tu ok ke tak? Setakat ni saya dah cari tapi masih belum jumpa lagi.

TQ

Sdr Saat, setakat yg saya tahu memang takde standard/piawai yg menetapkan kualiti end-product vermikompos mesti mengikut spesifikasi tertentu. Malahan Amerika sebagai antara negara yang kehadapan dalam aspek kawalan produk pertanian pun tidak address soal end-product vermicompost/vermicasting di dalam USDA standardsnya (Seksyen 205.203(c). Yg ada dalam seksyen tu adalah dari segi S.O.P penghasilan vermicompost sahaja.

Namun kita sepatutnya boleh merujuk kepada standard compost/organic fertilizer yg memang pun dah ada piawai dari beberapa negara spt Amerika dan Australia.

Sehingga satu persatuan Vermicomposter/Vermiculturist Malaysia dapat ditubuhkan atau Jabatan Pertanian atau mana-mana agensi kerajaan bersedia memainkan peranan penting dalam mengawal dan menguatkuasakan peraturan kualiti VC, soal standard ini nampaknya terserah kepada in-house standard oleh setiap pengeluar baja cacing.

Cuma secara umumnya, vermikompos yg berkualiti pada saya perlu menepati beberapa prinsip asas spt berikut:

1. Kandungan beneficial microbes (Nitrobacter, PSB, potash mobilizer, bio-control agents etc) yg tinggi
2. Kandungan pathogenic microbes yg rendah
3. Kandungan NPK tidak kurang daripada 1-1-1 dan mempunyai minimum 10 jenis unsur mikro
4. Mengandungi enzim pertumbuhan dan asid-asid humic/fulvic
4. Kandungan logam berat tidak melebih drpd standard kesihatan yg dibenarkan
5. Bahan input hendaklah bebas dari bahan berasaskan b.abi
6. Ciri fizikal-kimia baja dan teknik PEMBUNGKUSAN yang kondusif untuk kelangsungan hidup microbes spt kelembapan, suhu, aeration dan kandungan karbon
7. Tidak berbau busuk
8. Percentage vermicasting yg tinggi, tidak kurang daripada 70%

Kebanyakannya MEMANG memerlukan fasiliti makmal saintifik..... yg sepatutnya menjadi peranan agensi kerajaan utk support industri ini. Hari ni je saya akan collect result lab test utk 4 sampel VC saya, kos RM800. Tu pun baru cover point 3,4 dan 6 je. Bayangkan berapa lak kos utk test yg lain-lain tu..... kita yg kecil-kecilan ni mana la mampu.

Wallahu a'lam.
 
test = bape kos?

klu nak quantity bsau ngan konsisten tu ok je tp jgn le nak byk2 sgt....l


bro... test tu saya yg akan tanggung. Cuma nak mintak sampel taik arnab drpd bro... pastu saya olah jadi medium dan monitor camana kesan pada cacing dan kualiti vc yg akan terhasil nanti.

kalau setanding dgn tahi kambing, mmg leh pakai taik arnab. Kuantiti berapa yg bro boleh supply setiap bulan?

oh lupa.... harga kena sesuai la hehehe...
 
Back
Top
Log in Register