Sdr CuciManja, boleh kongsi ke nak pakai standard mana kalau nak tau result tu ok ke tak? Setakat ni saya dah cari tapi masih belum jumpa lagi.
TQ
Sdr Saat, setakat yg saya tahu memang takde standard/piawai yg menetapkan kualiti end-product vermikompos mesti mengikut spesifikasi tertentu. Malahan Amerika sebagai antara negara yang kehadapan dalam aspek kawalan produk pertanian pun tidak address soal end-product vermicompost/vermicasting di dalam USDA standardsnya (Seksyen 205.203(c). Yg ada dalam seksyen tu adalah dari segi S.O.P penghasilan vermicompost sahaja.
Namun kita sepatutnya boleh merujuk kepada standard compost/organic fertilizer yg memang pun dah ada piawai dari beberapa negara spt Amerika dan Australia.
Sehingga satu persatuan Vermicomposter/Vermiculturist Malaysia dapat ditubuhkan atau Jabatan Pertanian atau mana-mana agensi kerajaan bersedia memainkan peranan penting dalam mengawal dan menguatkuasakan peraturan kualiti VC, soal standard ini nampaknya terserah kepada in-house standard oleh setiap pengeluar baja cacing.
Cuma secara umumnya, vermikompos yg berkualiti pada saya perlu menepati beberapa prinsip asas spt berikut:
1. Kandungan beneficial microbes (Nitrobacter, PSB, potash mobilizer, bio-control agents etc) yg tinggi
2. Kandungan pathogenic microbes yg rendah
3. Kandungan NPK tidak kurang daripada 1-1-1 dan mempunyai minimum 10 jenis unsur mikro
4. Mengandungi enzim pertumbuhan dan asid-asid humic/fulvic
4. Kandungan logam berat tidak melebih drpd standard kesihatan yg dibenarkan
5. Bahan input hendaklah bebas dari bahan berasaskan b.abi
6. Ciri fizikal-kimia baja dan teknik PEMBUNGKUSAN yang kondusif untuk kelangsungan hidup microbes spt kelembapan, suhu, aeration dan kandungan karbon
7. Tidak berbau busuk
8. Percentage vermicasting yg tinggi, tidak kurang daripada 70%
Kebanyakannya MEMANG memerlukan fasiliti makmal saintifik..... yg sepatutnya menjadi peranan agensi kerajaan utk support industri ini. Hari ni je saya akan collect result lab test utk 4 sampel VC saya, kos RM800. Tu pun baru cover point 3,4 dan 6 je. Bayangkan berapa lak kos utk test yg lain-lain tu..... kita yg kecil-kecilan ni mana la mampu.
Wallahu a'lam.