BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

saya pon ada jugak tanam serai .. dan dah pun dicuba dgn baja cacing sebanyak 50 rumpun .. pelik jugak kalau dikatakan tak byk hasilkan anak serai ... berbeza dgn hasil yg saya perolehi ..

bila sebut penggunaan baja organik perlu tahu apakah fungsi baja organik - perawat tanah & sumber nutrien pd tanaman ..

lagi satu kaedah pembajaan yg digunakan perlu juga betul bg memastikan keberkesanan baja cacing ini pd tahap yg optimum .. byk faktor yg perlu diambil kira ... kalau tanah tu dah puluh-puluh tahun guna baja kimia, rumit la skit .. makan masa la baja organik nak 'overhaul' tanah .. hehehehe

apa rahsia penggunaan baja VC yg betul? share le kat sini....blh le sama2 kita manfaatkannya. Tq
 
mahal sangat tu bro!!takder murah lagi ker??baik bro letak harga cacing 50 hinggit,harga baja 50 sen kalau nak bagi habis..........
 
apa rahsia penggunaan baja VC yg betul? share le kat sini....blh le sama2 kita manfaatkannya. Tq

Baja organik bukan setakat membekalkan nutrien sahaja macam baja kimia. Ia adalah baja yang seimbang bagi keperluan pokok. Apa yang ada dalam baja kimia, ada dalam baja organik. Tetapi apa yang ada dalam baja organik belum tentu ada dalam baja kimia. cuma komposisi nutriennya tentulah berbeza. Conthnya, kandungan NPK dalam baja organik dah tentu tak setinggi baja baja kimia NPK, sebab baja kimia memang diformulasikan khusus kandungan NPKnya di kilang. Tapi keseimbangan nutrien yang ada pada baja organik membolehkan pokok menjalankan pelbagai fungsi fisiologinya dengan lebih baik. Kesannya bagi jangka panjang hasil tanaman akan lebih baik.

Di dalam baja organik juga terdapat jutaan mikrob yang bermanfaat bagi tumbuhan. Apabila berada di dalam tanah, ia hidup secara simbiosis dengan akar pokok - akar pokok merembeskan makanan, manakala mikrob menghasilkan nitrogen terikat, hormon dan "melawan" patogen.

Baja organik yang terbaik, selain mempunyai kandungan nutrien ianya juga mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Matang (tidak lagi berlaku proses pengkomposan)
2. Mampu memegang air
3. Nilai C:N di bawah 20
4. Stabil
5. nilai pH yang neutral atau antara 6 - 8
6. macam-macam lagi....

Baja vermikompos mempunyai semua ciri-ciri tersebut.....

Sekadar berkongsi sahaja, Wallahualam.
 
usaha penternak cacing yg perlu dicontohi

Image007.jpg


lokasi di gerak usahawan nasional 2009 di pwtc

Image008.jpg


mesin penapis yg kecik kat atas meja tu cute ar...:)

syabas,moga industri bertambah maju....:)cgrock

Aku dah tanya mesin comel tu kat PWTC ...depa tak juai....
Aku offer RM500 pon depa tak lepas.

Nak beli pokok gula dalam polybeg putih pon depa tak juai...
dapat le aku rasa sehelai...manis betui..

Masa aku datang hari sabtu pagi tu baja depa banyak..
kurang2 ade 1 tan...Apasal gambar nie kosong je mana pegi baja depa??
 
Aku dah tanya mesin comel tu kat PWTC ...depa tak juai....
Aku offer RM500 pon depa tak lepas.

Nak beli pokok gula dalam polybeg putih pon depa tak juai...
dapat le aku rasa sehelai...manis betui..

Masa aku datang hari sabtu pagi tu baja depa banyak..
kurang2 ade 1 tan...Apasal gambar nie kosong je mana pegi baja depa??

sold out,aku pegi ahad petang,tinggal sikit jer...kalau ader lagi ekspo camni aku nak masuk ar.
 
aku suruh buatkan yg kecik tu depa takmau buat ar,utk tatapan umum sahaja:((:((
 
Back
Top
Log in Register