BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak lembu @ pawah

shah_kajang

Fun Poster
Messages
733
Joined
Jan 21, 2010
Messages
733
Reaction score
32
Points
20
Salam warga CG semua,Di sini saya ada benda nak tanya pada warga CG.. Camni.

Saya ada tanah 20 ekar yang diperuntukkan oleh bapa mertua saya untuk ternakan lembu..Dengan modal yang tak seberapa kami bermula dengan 20 ekor lembu iaitu 17 ekor betina dan 3 ekor jantan.Selepas 2 tahun tahun ni INSYAALLAH baru la 2 ekor daripada lembu-lembu ni boleh dijual..

Soalannya ialah..

Saya dah berbincang dengan abg ipar yang sama-sama menguruskan ladang ni nak buat sistem pawah.Pawah ni kira-kiranya tolong jagakan lembu orang la..Begitu juga dengan orang yang berminat nak melabur dengan ternakan lembu ni kitorang nak open pada orang-orang yang camni..

Tujuan ialah supaya pembiakan dapat dimaksimumkan dan menambah pendapatan melalui khidmat pawah (jaga lembu orang)

Masaalahnya ialah apakah syarat-syarat ataupun apa hal-hal yang akan berbangkit jika kami nak open ladang ternakan kami pada orang lain..Apa perkara yang perlu diletakkan dalam surat perjanjian untuk keuntungan kedua-dua belah pihak.

Bagaimana pula dengan pembahagian keuntungan..


Harap warga CG dapat bantu saya..sebelum saya mula beriklan...
 
bab lombu2... nie kalo melibatkan org2 dari area senawang/nogori/nilai/kajang hehe... ada isu besar sket la... pasal projek Eastana Farm dulu hehe :)

tapi, dulu...dulu punyer cerita la, rasanyer boleh set appointment nie kita boleh kawtim, kasi bikin Lembu Millionaire haha... pape hal pm saya bak phone number, boleh jumpa kongsi cerita sket! :)
 
Salam cikgu wan..

Memang ada kes macam tu sebelum ni...dan saya bernasib baik tak join..

Mengikut apa yang saya dan abg ipa saya bincangkan hari tu
kami tidak akan menerima sebarang deposit wang tunai dari bakal-bakal pelabur..

KAMI HANYA MENERIMA LEMBU-LEMBU YANG TELAH DIBELI OLEH PIHAK PELABUR SENDIRI

ATAUPUN

MENCARI PENJUAL-PENJUAL LEMBU YANG MENAWARKAN UNTUK MENJUAL LEMBU-LEMBU MEREKA SECARA PUKAL
DAN KEMUDIAN MENAWARKAN KEPADA PARA PELABUR YANG BERMINAT..

Maknanya pelabur hanya membayar pada penjual lembu tadi...Kami hanya menawarkan tempat dan jagaan..
 
Sistem pawah ni, bukan macam ni ke?

'Mamat beri sepasang lembu pada Yusof untuk dijaga. Yusuf menjaga lembu mamat sampai lembu mamat melahirkan anak.

Anak lembu pertama diserahkan kepada yusuf, sebagai ganjaran menjaga lembu induk. Anak kedua diserahkan pada mamat, anak ketiga diserahkan pada yusof, anak keempat diserahkan pada mamat, anak lembu kelima diserah pada yusof, anak lembu ke 6........

Upah penjagaan adalah dalam bentuk ternakan, bukan dalam bentuk duit.
 
Sistem pawah ni, bukan macam ni ke?

'Mamat beri sepasang lembu pada Yusof untuk dijaga. Yusuf menjaga lembu mamat sampai lembu mamat melahirkan anak.

Anak lembu pertama diserahkan kepada yusuf, sebagai ganjaran menjaga lembu induk. Anak kedua diserahkan pada mamat, anak ketiga diserahkan pada yusof, anak keempat diserahkan pada mamat, anak lembu kelima diserah pada yusof, anak lembu ke 6........

Upah penjagaan adalah dalam bentuk ternakan, bukan dalam bentuk duit.

pawah ke pawaih??:)paid:)paid:)paid:)paid
 
emm..lebih kurang camni la...tapi ada adjust skit...kita tak pakai gilir2.Terus je anak lembu tu kita tanda..bile besar kite jual kami akan ambik 50%..Adil kan?
 
kalu nak ejas sistem pawah mcm tu kena buat hitam putih (lawyer ke angkat sumpah ke)

bukan apa, takut ada jenis tak paham sistem - bila terlambat bayar terus report polis ke bnm(?) ke, nanti dengan lembu2 sekali masuk lokap dgn tt :(( ~ just my 2 kupang
 
jgn offer pd org yg kita tak kenal ....

pastikan yg berminat dan benar2 faham ttg potensi dan risiko industri penternakan shj yg blh join.

Takut ada yg nak untung je tp takut rugi sbb penternakan ni deal dgn makhluk bernyawa. Tak semestinya blh untung sekelip mata.

Jadi, berhati2
 
klo sistem traditional mmg camtu la
tp klo nk melenium mcm yg 50% td..

bende ni bagus. cuma cara nk gerakkan tu kn betul2 bagus..
tp aku percaya niat tt dgn abg ipar dia ni murni...
aku sedia join ni..
pastu leh wat sistem akikah n qurban skali

lembu beli kat thailand murah..
cepat ckit..
raya makin menghampiri ni. hehe
 
klo sistem traditional mmg camtu la
tp klo nk melenium mcm yg 50% td..

bende ni bagus. cuma cara nk gerakkan tu kn betul2 bagus..
tp aku percaya niat tt dgn abg ipar dia ni murni...
aku sedia join ni..
pastu leh wat sistem akikah n qurban skali

lembu beli kat thailand murah..
cepat ckit..
raya makin menghampiri ni. hehe

dah ada yg berminat ni TT :D
 
Back
Top
Log in Register