BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ketam Nipah

so...mana 1 nk ikut ekk?

sy n bp mertua dah berpakat nak buat projek ni mgu lps...bila ramai pertikai halal haram, sy cuba mencari jawapan...

bila mencari jawapan, masih confius lg...

kwn sy keje mardi pun kata halal
 
" i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam<---tadi kata ketam nipah dua alam:-?kongpius2:-?
 
alamkkk..ketam nie boleh makan ke tidak nie?pe kata mazhad imam safiee lak? adoiii baru ingat nak try2 bela ketam nipah nie
 
ramai pengusaha adalah org melayu.....kat merlimau ni pun ada yg wat. Banyak gak takung ketam dia wat. Petang ni nak gi tengok.
 
emm biasa klau benih mula2 500 ekor..agak2 bape ekor je y leh jual kira y still idup..
 
ketam nipah ni boleh mkn ker?
setahu aku binatang ni hidup 2 alam..tatau lah..


Ketam nipah atau dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur ini memang hidup didalam air di persisir pantai atau di paya bakau dalam air masin atau air payau. Jika diperhatikan ketam nipah ini memang seakan-akan sama macam ketam batu. Cuma perbezaannya adalah terletak pada sepasang kaki belakang (hujung sekali) ketam nipah adalah berbentuk leper dikenali sebagai kaki renang digunakan untuk berenang didalam air. Sedangkan ketam batu kaki belakangnya adalah sama seperti kaki lain berbentuk tajam.

Cuba anda lihat kaki ketam bunga (ada yang warna biru, oren) yang memang ramai orang islam makan, yang dijual dipasar2, TESCO atau GIAnT. Cuba perhatikan kaki belakangnya adalah berbentuk leper dihujungnya. ketam Nipah juga memang mempunyai kaki belakang berbentuk leper seperti kaki ketam bunga.

ketam nipah ni bernafas melalui insangnya yang besar dan boleh menyimpan air. Memang ketam nipah ni boleh hidup diatas darat tetapi untuk 2-3 hari sahaja. Itu bergantung kepada air yang masih tersimpan diinsangnya. Jika insangnya tak ada air maka ketam nipah akan mati. Oleh itu ketam nipah ini memang hidup didalam air.

manakala ketam batu dan ketam lain iaitu yang mempunyai kaki belakang yang tajam hujungnya sama seperti kaki-kakinya yang lain pula boleh hidup didalam air dan juga didarat. Ketam jenis ini yang hidup dalam 2 alam dan memang haram dimakan.

Dari sumber-sumber yang saya baca dan semak, hukum memakan ketam nipah ini adalah harus hukumnya.

Sama juga macam spesis kerang, siput sedut, kepah, ala-ala memang hidup didalam air tetapi boleh juga hidup didarat tapi hanya utk sementara waktu saja, jika tak dapat air maka akan matilah haiwan laut ini.

:):):):):):):)

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
http://ketam4u.blogspot.com
 
alamkkk..ketam nie boleh makan ke tidak nie?pe kata mazhad imam safiee lak? adoiii baru ingat nak try2 bela ketam nipah nie

Ketam nipah ini bukan hidup 2 alam maksudnya ketam nipah memang hidup didalam air dan sekejap aje hidup didarat apabila air diinsangnya kehabisan air maka akan matilah ia.

Sama juga macam kerang, kepah, ala-ala, siput sedut yang mana ramai orang islam makan. Haiwan laut ini juga hidup didalam air. Haiwan laut ini boleh jiuga hidup didarat tapi untuk jangkamasa pendek iaitu 1-2 hari saja.



http://ketam4u.blogspot.com
 
ramai pengusaha adalah org melayu.....kat merlimau ni pun ada yg wat. Banyak gak takung ketam dia wat. Petang ni nak gi tengok.

Bagus tu.... jika dah melawat ke situ sila dan sudilah kiranya dapat updatekan serba sedikit di sini.

Jika boleh tolong beri alamat lokasi supaya senang nak melawat dan beli ketam nipah ni.

:):):):):):)

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock




http://ketam4u.blogspot.com
 
emm biasa klau benih mula2 500 ekor..agak2 bape ekor je y leh jual kira y still idup..


Itu bergantung kepada cara ternak ketam ini samada melalui kolam atau set tertutup. Cara kolam juga ada yang berbeza iaitu ada yang lepaskan benih ketam secara kelompok dalam satu kolam dan ada juga yang tempatkan benih ketam dalam bekas-bekas khas yang diletakkan dalam kolam. Hasilnya adalah bergantung cara ternakan ketam tersebut.


:):):):):)

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock


http://ketam4u.blogspot.com
 
Back
Top
Log in Register