akmal_tawau
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,179
Paid Membership
- Joined
- May 7, 2009
- Messages
- 20,179
- Reaction score
- 238
- Points
- 123
Ramai dah maklum terma COD (cash on delivery).
Memandangkan sejak 2-3 tahun ni, penggunaan dinar dan dirham sudah mula diterima pakai dikalangan peniaga2 persendirian (termasuk saya), maka terma DOD (dinar/dirham on delivery) digunapakai...
Terkini, di Malaysia sudah ada 2 pasar, Souq Qafilah-anjuran kgt dan Souq Nabawai-anjuran kenalan2 bermula di FB sudah ,memulakan pasar menerima dinar dan dirham.
JOM, mari menggunakan terma baru ni.
DINAR DAN DIRHAM
Dinar merupakan koin yang ditempa berasaskan kepada bahan logam emas, manakala Dirham pula merupakan koin yang ditempa berasaskan kepada bahan logam perak. Kedua-duanya merupakan matawang sunnah, yang digunapakai oleh umat Islam dalam urusan mu’amalat (jual-beli), membayar zakat, mas kahwin, simpanan, hadiah dan sedeqah
Terma Dinar dan Dirham telah digunapakai pada zaman baginda Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada beberapa ayat Al-Qur’an yang diturunkan kepada baginda, iaitu surah Aali ‘Imran (ayat 75) dan surah Yusuf (ayat 20). Selain itu juga, logam emas dan perak disebut pada ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an merujuk kepada nilai dan harta kekayaan duniawi, disebut pada surah Aali ‘Imran (ayat 14 dan 91), At-Taubah (ayat 34), Az-Zukhuf (ayat 33-35) dan An-Nisaa’ (ayat 20). Seterusnya, emas dan perak turut diberi keistimewaan dengan diangkat martabat selaku sebahagian daripada keindahan dan hiasan di jannah (syurga) seperti yang disebut pada surah Al-Insan (ayat 21), Az-Zukhuf (ayat 53 dan 71), Faathir (ayat 33), Al-Hajj (ayat 23), Al-Kahfi (ayat 31) dan Al-Israa’ (ayat 93).
Pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., kerajaan Islam tidak mencetak matawang emas dan perak sendiri, sebaliknya Rasulullah s.a.w masih menggunapakai matawang sedia ada, iaitu Denarius (emas) dari kerajaan empayar Rom dan Drachma (perak) dari kerajaan empayar Farsi. Kedua-dua matawang berkenaan telah lama digunapakai sebelum kerasulan baginda Rasulullah s.a.w. Hanya pada tahun 77 Hijriyyah, baru khalifah Islam pada ketika itu, Khalifah ‘Abd al-Malik ibn Marwan, mencetak Dinar dan Dirham pertama. Dinar dan Dirham merupakan matawang rasmi Khalifah Islam sehingga kejatuhan Khafilah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924 Masihi.
Rentetan sejarah ini jelas menunjukkan bahawa matawang emas dan perak merupakan matawang yang universal yang digunapakai tanpa mengira batas sempadan kerajaan dan negara. Hakikatnya, emas dan perak sudah lama diiktiraf sebagai medium tukaran yang utuh dan teguh, sejak dari tamadun manusia yang terawal di Yunani.
Nilai matawang dinar dan dirham adalah berasaskan kepada nilai zat emas dan perak pada kedua-dua koin berkenaan. Berbeza pula dengan matawang kertas yang nilainya hanyalah pada angka yang dicetak pada kertas berkenaan. Maka ketara beza nilai di antara kedua-dua matawang berkenaan adalah nilai Dinar dan Dirham ditentukan oleh Allah s.w.t yang menentukan kuantiti emas dan perak yang mampu digali oleh manusia, sedangkan nilai matawang kertas ditentukan oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah, iaitu manusia yang juga ciptaan Allah s.w.t.
Kembalilah kepada matawang emas dan perak, iaitu Dinar dan Dirham, sebagai sebahagian daripada wahyu daripada Allah s.w.t. dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Dinar dan Dirham adalah jawapan kepada manipulasi wang kertas, inflasi, serta membebaskan umat Islam daripada unsur-unsur riba’.
Dinar dan Dirham adalah kebebasan !
Last edited: