BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Baru Dua Jam Dikesan, Sebuah Asteroid Tiba-Tiba Muncul Di Langit Iceland

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
asteroid-3628185_1920.jpg


Berita ·

2,421

Baru Dua Jam Dikesan, Sebuah Asteroid Tiba-Tiba Muncul Di Langit Iceland​




Pada jam 3:20 pagi, 12 Mac lalu waktu Malaysia, seorang ahli astronomi bernama Krisztián Sárneczky di Balai Cerap Konkoly, Budapest telah mengesan sebuah asteroid di angkasa yang diberi nama 2022 EB5.

Setengah jam selepasnya, data menunjukkan asteroid tersebut dalam perjalanan menuju ke Bumi dan mereka menjangkakan ia mengambil masa sekitar 2 jam untuk sebelum memasuki ruang atmosfera.






2022-eb5.jpeg


Asteroid ini dikatakan berukuran hanya sekitar 3 meter. Ia kemudian dikesan melanda langit Iceland 2 jam selepas kali pertama ia dikenal pasti. Saintis percaya ia bergerak dalam kelajuan 66,600 km/j lebih perlahan daripada orbit Bumi, 108,000 km/j.

Bagaimanapun, masih tiada bukti dijumpai kesan daripada jatuhan 2022 E5 dan International Meteor Organization sedang mencari saksi yang melihat kejadian tersebut.

Daily Mail melaporkan beberapa individu di Iceland mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan ada antara mereka mendapati kilauan cahaya sekitar waktu asteroid ini melintasi langit antara Greenway dan Norway.

55336505-10610491-Discovery_A_small_asteroid_struck_the_Earth_above_Iceland_last_F-a-49_164726...jpg


Hal ini disebabkan oleh saiznya yang kecil, jadi agak sukar untuk serpihan angkasa ini kekal dalam bentuk asalnya selepas memasuki atmosfera. Besar kemungkinan ia terbakar dan hancur sebelum dapat mendarat.






Fenomena inilah yang digelar tahi bintang atau "shooting star" di mana ia nampak cantik dan sangat jarang berlaku namun sebenarnya batuan dari angkasa yang sedang terbakar sedang melintasi atmosfera pada kelajuan melampau.



"Ini mungkin pengalaman sekali seumur sebagai pemburu asteroid," beritahu Sárneczky kepada Space.com.


Dengan itu, 2022 EB5 ialah asteroid kelima yang dikesan sebelum memasuki atmosfera Bumi dengan kali terakhir ialah pada 2019.
 
apa yang mai? teori?
 
Back
Top
Log in Register