Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Terjun flat
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah selepas nekad terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Taman Jinjang Baru, di sini, bagi menyelamatkan diri daripada empat lelaki yang menculiknya, 23 Julai lalu.
Berikutan itu, mangsa cedera parah di kepala selain patah pinggang.
Bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir seminggu di hospital, mangsa dilaporkan stabil sebelum menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada keluarga.
Sehubungan itu, bapa mangsa berusia 70 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, kelmarin.
Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang bersendirian sedang meletak keretanya di tempat letak kereta di kawasan perumahan berkenaan kerana mahu bertemu seorang rakannya.
“Mangsa bagaimanapun dihampiri empat lelaki sebelum seorang daripada mereka terus menumbuknya. Mangsa yang cuba mempertahankan diri kemudian terpaksa akur arahan kumpulan itu selepas mereka mengancamnya dengan parang.
“Kumpulan terbabit kemudian mengarahkan mangsa mengekori mereka ke tingkat tiga salah satu flat di kawasan perumahan itu,” katanya.
Sumber berkata, mangsa dikurung di rumah berkenaan manakala empat lelaki itu menjaga di luar rumah.
“Selepas 15 minit dikurung, seorang daripada suspek masuk ke dalam rumah sebelum bertanya kepada mangsa di mana bapanya. Suspek juga mengarahkan mangsa untuk memberikan nombor telefon keluarganya bagi memudahkan mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM100,000,” katanya.
Menurutnya, kumpulan penculik itu bertindak meninggalkan rumah berkenaan selepas mengunci semua pintu dari luar. “Selepas gagal memecahkan pintu di rumah berkenaan, mangsa nekad terjun melalui tingkap rumah itu bagi membebaskan dirinya.
“Mangsa yang terjatuh 20 meter parah di kepada dan badan,” katanya.
Katanya, orang awam yang menemui mangsa bergegas memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, keluarga mangsa kemudian memindahkannya ke sebuah hospital swasta di ibu kota.
Katanya, selepas hampir seminggu dirawat, mangsa semakin sembuh.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya.
Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa menyatakan, kegagalannya membuat laporan awal disebabkan anaknya itu gagal bercakap kerana koma dan hanya mengetahui kejadian sebenar selepas anaknya tersedar.
Namun, bapa mangsa yang mengakui tidak menerima sebarang panggilan tuntutan wang daripada mana-mana pihak bagaimanapun yakin anaknya itu diculik.
Sumber berkata, kumpulan penculik dipercayai membatalkan hasrat mereka menuntut wang tebusan selepas mengetahui mangsa meloloskan diri.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terjunflat/Article/index_html