ipp
Active+ Member
- Messages
- 4,916
- Joined
- Jan 28, 2010
- Messages
- 4,916
- Reaction score
- 60
- Points
- 30
suatu tengahari jumaat yg cerah, saya terlambat ke masjid. saya letak motosikal di tepi jalan di seberang masjid. nak menunggang masuk ke masjid agak jauh kena u turn. jadi paling mudah, park saja di seberang jalan. ramai ahli jemaah lain juga begitu..
nak melintas jalan pula sukar sebab banyak kenderaan dari kedua2 arah. biasanya ada anggota rela yg menjaga lalulintas. namun disebabkan masa tu dah lewat, abang2 rela tu pun mungkin dah masuk ke masjid, bersedia untuk solat jumaat.
tak berapa jauh dari saya, seorang budak sekolah rendah turut hendak melintas. jelas budak tu sangat takut nak melintas melihatkan keadaan trafik yg laju itu. saya hampiri budak itu, terus saya pegang tangannya dan saya pimpinnya melintas jalan. sambil tangan sebelah lagi saya angkat untuk menarik perhatian pemandu supaya menyedari kewujudan kami melintas jalan.
selepas divider, lalu lintas dari sebelah kiri juga tak kurang lajunya. sama juga, saya pimpin tangan budak itu semasa melintas. alhamdulillah, kami melintas dengan selamat.
saya pimpin budak itu melintas sebab kebetulan saya sendiri memang nak melintas. alang2 bawa sajalah budak itu melintas bersama. bila dah lepas melintas, masing2 akan ikut haluan masing2.
"terima kasih, pakcik.." kata budak itu sebaik kami berjaya melintas jalan. entah kenapa, saya rasa sangat terharu. saya terhidu penghargaan budak itu pada saya. saya tersentuh dengan keikhlasan ucapannya. sedangkan saya tak rasa apa yg saya buat itu suatu jasa pun. kalau saya bukan nak melintas, mungkin saya takkan pimpin budak itu untuk melintas. bagi saya, apa yg saya buat hanya kebetulan. kebetulan saya memang hendak melintas, jadi saya bawa budak itu melintas bersama.
saya memang selalu dengar ucapan terima kasih. setiap kali habis waktu mengajar, pelajar akan bangun dan ramai2 ucapkan "terima kasih, cikgu.."
sambil itu, ada yg mengusik2 kawan, ada yg sibuk simpan buku, ada yg tak bangun pun, ada yg berbual2..
malas saya nak ambil kisah. sikit pun tak menunjukkan keikhlasan dan penghargaan. semuanya budaya semata2..
sedang saya sendiri tak pasti setakat mana ikhlasnya saya mengajar.
tapi, mungkin saya dapat belajar satu cara utk mengukur keikhlasan. kalau apa yg kita buat dilaksanakan dengan ikhlas, mungkin akan dapat menyentuh hati orang lain. sepertimana hati saya tersentuh dengan ucapan terima kasih dari budak sekolah rendah itu.
hihi.. jiwang sikit.. :">