BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima kasih mama lahirkan, besarkan adik – Anna Jobling

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-08-14-at-21.46.40.jpeg

Anna Jobling dan ibu kandung, Ariz.

"Terima kasih mama lahirkan, besarkan adik – Anna Jobling" PETALING JAYA – Masih dalam konflik, pelakon Anna Jobling tetap menzahirkan penghargaan atas jasa ibunya, Ariz Arop bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling juga tidak melupakan pengorbanan wanita terbabit dalam membentuk kehidupannya.

“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan).

“Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Menurut pelakon drama Setia Itu Mahal, setiap ucapan yang diterima menjadikan hari istimewanya ini penuh bermakna.

“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” ujarnya.

Pada masa sama, selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu turut bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa menyuntik sokongan terhadapnya.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” katanya.

Ketika ini, kemelut antara Anna dan Ariz masih belum berkesudahan selepas ibunya itu mendedahkan menerima perintah injunksi daripada Anna Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, Anna ni, kat IG nampak okay je suka2 post gambar happy, padahal kat belakang ada drama mama-injunction bagai. Tak habis2 konflik, cakap je la straight kan selesai sikit. 🙄

 
Back
Top
Log in Register