balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan tempat tinggal Zaharah dan suaminya yang kecil menyebabkan ruang tamu terpaksa digunakan untuk memasak.
< 1 / 1 >
MACHANG – Akibat himpitan kemiskinan dan kedaifan hidup, pasangan suami isteri di Kampung Banggol Bukit Sawa, Ulu Sat, dekat sini terpaksa memilih untuk tinggal dalam sebuah ruang kecil.
Zaharah Huza, 50, berkata, sebelum ini dia bersama suami, Mohamad Razak Latif, 50, menyewa sebuah rumah pada kadar RM60 sebulan, namun setelah tidak lagi mampu membayar sewa, mereka nekad pulang dan berteduh di ruang berkenaan.
"Wang hasil menoreh getah hanya cukup-cukup makan. Sekarang musim hujan dan pendapatan kami pula jadi tak menentu. Keadaan ini amat merisaukan saya.
"Kadang-kadang ada juga terputus bekalan seperti gas memasak atau beras, tetapi saya diamkan sahaja kerana tiada tempat untuk mengadu," katanya.
Menurut Zaharah, dia sering kali menangis sendirian mengenangkan nasib dirinya bersama suami yang hidup dalam kemiskinan.
Katanya, ruang kecil yang dibina di belakang rumah ibu tirinya itu sememangnya tidak selesa didiami kerana terlalu usang, namun mereka terpaksa reda dengan keadaan itu.
"Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diperoleh suami saya dapat sedikit sebanyak meringankan beban kami.
"Saya bukan berniat untuk meminta-minta tetapi dengan kudrat saya yang sudah tua ini, saya tak mampu bina sebuah rumah yang selesa untuk kediaman kami," katanya.
Zaharah memaklumkan, suaminya tidak bekerja dan merupakan orang kurang upaya (OKU) kesan demam panas yang dialami ketika masih kecil manakala anak tunggalnya hasil perkahwinan terdahulu sudah meninggal dunia.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/terhimpit-dalam-kedaifan-hidup-1.310658