BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tergamam nampak treler 'terbang'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_04.1.jpg

KEADAAN treler membawa muatan papan lapis yang terbalik merentang jalan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin.

KEPALA BATAS – Seorang doktor muda menggambarkan dirinya bagaikan mati hidup semula selepas ternampak sebuah treler seolah-olah terbang memasuki laluannya dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Suraya Hashim, 29, tidak cedera tetapi kereta Hyundai Elantra dipandunya mengalami kerosakan apabila beberapa keping papan lapis yang dibawa treler itu menghempap keretanya.

“Saya bersyukur kerana sempat mengelak dan menyifatkan kejadian itu seperti mati hidup semula,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.

Suraya bekerja di Hospital Sungai Petani.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 
hebat ler kalau treler boleh terbang..bermakna pemandunyer bawa laju giler ar...
 
syukur selamat.....treler tu mesti bawa muatan yg melebehi had tu yg terjungkit & terbalik...
 
Back
Top
Log in Register