BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teratak Gemilang: Mohd Halikin Warnai Rumah Dengan Semangat Merdeka

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Teratak Gemilang: Mohd Halikin Warnai Rumah Dengan Semangat Merdeka​

b7fb4d5834f6f44c4029a0f8dfb60c9e6a93b632a9f13

8aa7c6ae364375c014bb44eb6b5de33a6a93b64fb26bc

74aeb1692564c696aebc5cefe8c4ea0c6a93b66453c6f

Tukang cat Saldi Anan mengecat bintang di atas atap rumah Mohd Salikin Angga bertemakan Jalur Gemilang di Batu 15 Jalan Labuk hari ini.

Menurut Salikin, rumahnya yang diberi nama Teratak Gemilang ini mula dicat bertemakan Jalur Gemilang sejak tahun 2004 bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan ahli keluarganya.

-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang pemilik rumah menzahirkan semangat patriotik dengan cara tersendiri apabila menghias rumahnya di Batu 15, Jalan Labuk di sini dengan warna Jalur Gemilang, sekali gus menjadikan kediaman berkenaan sebagai simbol kecintaan terhadap tanah air.

Dikenali sebagai “Teratak Gemilang”, kediaman milik Mohd Halikin Angga, 68, itu bukan sekadar dihiasi dengan warna Jalur Gemilang tetapi turut menampilkan koleksi potret bersejarah pemimpin negara.

Dengan wang dan kudrat sendiri, beliau mencelup berus ke dalam cat berwarna merah, putih, biru dan kuning sehingga sedikit demi sedikit rumah itu berubah wajah dan akhirnya lahirlah Teratak Gemilang, sebuah kediaman yang bukan sahaja mencuri pandangan malah mengundang orang ramai berhenti sejenak untuk mengenang erti kemerdekaan.

Mohd Halikin berkata cetusan idea mengecat rumah kayu itu dengan warna dan lambang Jalur Gemilang bermula pada 2004 didorong rasa kasih terhadap negara serta penghargaan kepada ibu bapanya yang pernah melalui zaman penjajahan.

“Saya sedih tatkala bendera terpaksa dikutip dan disimpan semula selepas bulan sambutan, lebih terkilan bila melihat banyak bendera menyembah bumi ditiup angin dan tercicir daripada kenderaan,” katanya kepada Bernama dalam nada sebak.

Kediaman unik itu menampilkan bumbung berwarna biru pekat yang dihiasi lambang bulan sabit serta bintang 14 bucu kuning keemasan manakala struktur dindingnya gagah berjalur merah dan putih, selain Jalur Gemilang turut berkibar megah di kawasan rumahnya.

Melangkah ke ruang dalaman Teratak Gemilang, pengunjung disajikan dengan galeri mini yang menempatkan susunan koleksi potret rasmi pemimpin utama negara.

Ruang tamu rumah itu dihiasi potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri Sabah serta barisan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hingga kepimpinan terkini.

 
Back
Top
Log in Register