BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teratai gergasi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.JPG


JAUH di dalam hutan hujan Amazon, tersembunyi pelbagai spesies tumbuhan misteri.

Salah satu perkara yang membingungkan kebanyakan ahli botani ialah penemuan sejenis tumbuhan tropika yang sangat menakjubkan iaitu Victoria Amazonica.

Victoria Amazonica dikenali sebagai pokok teratai daripada spesis Nymphaeceae. Ia memiliki daun yang sangat besar, berbentuk bulat dan diameter daunnya boleh membesar sehingga lebih daripada tiga meter.

Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kilogram (kg).

Teratai ini merupakan spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia merupakan daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan.

Hasil kajian mendapati bahawa rahsia tumbesaran gergasi teratai ini terletak pada kitaran hidupnya. Ia bermula sejak proses pendebungaan lagi.

Bunga-bunga Victoria akan mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang. Bauan manis ini adalah untuk menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini.

Apabila menjelang waktu malam, bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalamnya. Bunga ini didebungakan oleh kumbang.

Lazimnya pada satu musim, setiap pokok bakal menghasilkan 40 hingga 50 daun dan setiap daun akan membesar lebih daripada lapan inci diameternya setiap hari. Diameternya terus membesar sehingga mencapai lebih daripada tiga meter. - livingrainforest

Trivia

-Kebolehannya mengapung di atas air disebabkan oleh struktur anatomi daun ini. Jika diterbalikkan, akan kelihatan jaluran berwarna putih seperti sarang labah-labah memenuhi setiap ruang bawah daun. Ia berfungsi seolah-olah seperti 'tulang rusuk'. Ia berongga dan mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk memerangkap udara. Udara yang terperangkap dalam ruang antara 'tulang rusuk' membolehkan daun ini terapung cantik di atas permukaan air.

-Terdapat duri tajam meliputi bawah daun, batang dan tunas bunga bagi melindungi daripada dimakan haiwan seperti ikan. Namun begitu, di sebalik saiz daun yang sangat besar ini, ia sebenarnya sangatlah rapuh. Daun ini mudah bocor atau terkoyak jika tercucuk. Ketahanan daun Victoria matang boleh menyokong beban sebanyak 45 kg.

-Pada awal penemuannya, tumbuhan ini diberi nama Victoria bersempena nama Ratu England pada masa itu. Ia juga turut dikenali sebagai “piring air gergasi’.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/teratai-gergasi-1.480747
 
Cuma budak omputih sahaja ke yang mekar dengan bunga teratai tu? :D
 
teratai dan naga
tak dapat dipisahkan
jap lagi muncullah naga tu


hahaha
 
Memang nampak comel letak baby dalam tu tapi bila terjadi apa2 musibah nanti, baru tau apa itu erti penyesalan..
 
Back
Top
Log in Register