BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teori Mengapa Web Epoint Program Yang Dah Scam Masih Lagi Beroperasi

main spam jee ko ni. rasakan.....
 
aku rasa yang masalahnya bukan orang yg buat e-point nie..tapi rakyat Malaysia amnya yang nak kaya cepat tapi tak mau usaha. ko tengok ranking pasal e-point ni kan..yg 10 ke atas mesti pelayar dari Malaysia. agaknya memang kita ni malas usaha ko, duit mau je masuk...apa komen anda?
 
selamat sejahtera semua

disini saya ingin mengutarakan teori mengapa program2 epoint yg telah terbukti tiada bayaran didlm sebulan lebih ini spt eaindex,abbfund,danafutures dll masih lagi beroperasi walaupun ramai mangsa mengadu mereka masih tidak menerima bayaran melalui bank :

-owner program ini bijak kerana mempunyai agenda tersendiri. kita telah sedia maklum bahawa daily profit memang secara auto akan masuk kedlm akaun program. tetapi untuk memastikan bahawa program2 ini pada pandangannya masih stabil, mereka membiarkan web ini berjalan seperti biasa supaya penjualan epoint dapat diteruskan terutama kepada mangsa2 yg langsung tidak tahu apa2 contohnya sperti mangsa2 yg tidak pernah atau jarang melayari internet, mangsa2 di kampung2 yg tidak tahu menahu dan juga mangsa2 yg tidak tidak tahu apa itu internet. ini secara tidak langsung akan menyebabkan lebih ramai lagi yang akan tertipu.

-owner program ini tidak menyangka bahawa pembongkaran terhadap epoint program dilakukan. oleh itu mereka mulalah mengubahsuai web mereka supaya option withdraw ke bank boleh dilakukan. tetapi samada ini adalah suatu bentuk agenda utk melengah lengahkan masa dan memperalatkan mangsa ataupun sememangnya mereka membuat keputusan utk mengadakan option bank withdrawal TETAPI rancangan mereka tergendala kerana buat masa sekarang ini kerajaan sememangnya sedang memerhati gerak geri mereka terutama didalam bank transaction. sekali mereka dikesan, mereka akan diberkas oleh pihak berkuasa. mereka mungkin boleh mendeposit menggunakan cash deposit, tetapi cara ini juga akan dikesan oleh pihak berkuasa dgn cara tersendiri.

-mereka sebenarnya telah pun scam duit mangsa pada awalnya dan tidak mempunyai dana yg cukup utk membyr pelabur yg mula berduyun2 mengeluarkan profit epoint mereka. tetapi mereka mengharapkan pelabur masih yakin terhadap mereka dan dapat meneruskan kegiatan sindiket penipuan epoint ini.

sekiranya anda mempunyai pandangan lain silalah berbincang di topik ini.terima kasih.

-

wah.. best.. memang cam ada dalam pale aku.. tahniah..
aku sokong..
 
Adoi...semakin gawat dan semakin memeningkan....
Aku ambil pendekatan paling mudah...
Memandangkan kita berada di MALAYSIA dan termaktub di bawah bidang kuasa Kerajaan MALAYSIA..
MAKA apabila Para MUFTI telah mengeluarkan FATWA...maka kita harus patuh.....
Justeru itu aku mengambil keputusan tidak mahu terlibat lagi dalam sebarang HYIP samaada yang mengunakan EGOLD atau EPOINT lagi....
Pada kekawan yang masih terlibat dalam program ini HYIP EGOLD / EPOINT renung2kan la....
Kita harus bersifat terbuka...jgn la hanya nampak EPOINT sahaja sedangkan yang EGOLD tu kita nak tutup sebelah mata...
MAAF...ini hanya pandangan peribadi...
Apa2 pun terpulangla pada diri masing2....wasallam
 
adoii.. orang lain punya hal aku pun kena tempiasnya.... waaa..... tapi relax je life must go on bebeh... :D
 
Back
Top
Log in Register