selamat sejahtera semua
disini saya ingin mengutarakan teori mengapa program2 epoint yg telah terbukti tiada bayaran didlm sebulan lebih ini spt eaindex,abbfund,danafutures dll masih lagi beroperasi walaupun ramai mangsa mengadu mereka masih tidak menerima bayaran melalui bank :
-owner program ini bijak kerana mempunyai agenda tersendiri. kita telah sedia maklum bahawa daily profit memang secara auto akan masuk kedlm akaun program. tetapi untuk memastikan bahawa program2 ini pada pandangannya masih stabil, mereka membiarkan web ini berjalan seperti biasa supaya penjualan epoint dapat diteruskan terutama kepada mangsa2 yg langsung tidak tahu apa2 contohnya sperti mangsa2 yg tidak pernah atau jarang melayari internet, mangsa2 di kampung2 yg tidak tahu menahu dan juga mangsa2 yg tidak tidak tahu apa itu internet. ini secara tidak langsung akan menyebabkan lebih ramai lagi yang akan tertipu.
-owner program ini tidak menyangka bahawa pembongkaran terhadap epoint program dilakukan. oleh itu mereka mulalah mengubahsuai web mereka supaya option withdraw ke bank boleh dilakukan. tetapi samada ini adalah suatu bentuk agenda utk melengah lengahkan masa dan memperalatkan mangsa ataupun sememangnya mereka membuat keputusan utk mengadakan option bank withdrawal TETAPI rancangan mereka tergendala kerana buat masa sekarang ini kerajaan sememangnya sedang memerhati gerak geri mereka terutama didalam bank transaction. sekali mereka dikesan, mereka akan diberkas oleh pihak berkuasa. mereka mungkin boleh mendeposit menggunakan cash deposit, tetapi cara ini juga akan dikesan oleh pihak berkuasa dgn cara tersendiri.
-mereka sebenarnya telah pun scam duit mangsa pada awalnya dan tidak mempunyai dana yg cukup utk membyr pelabur yg mula berduyun2 mengeluarkan profit epoint mereka. tetapi mereka mengharapkan pelabur masih yakin terhadap mereka dan dapat meneruskan kegiatan sindiket penipuan epoint ini.
sekiranya anda mempunyai pandangan lain silalah berbincang di topik ini.terima kasih.
-