BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tentang paparan kurang sesuai itu, saya mohon maaf – Fazley

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Tentang paparan kurang sesuai itu, saya mohon maaf – Fazley​

fazley.jpeg

FAZLEY akan memastikan pasukannya meneliti dan menapis setiap kandungan sebelum dimuat naik dalam media sosial bagi mengelakkan rasa kurang senang khalayak.

Tentang paparan kurang sesuai itu, saya mohon maaf – Fazley

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memohon maaf sekiranya video memaparkan dia sedang mengurut usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bagi membantu memulihkan kesihatan baru-baru ini mengundang rasa kurang senang ramai.

Sedar khilaf diri, Fazley, 48, berkata, dia tidak mempunyai niat lain memuat naik konten yang dianggap kurang manis di mata segelintir pihak selain hanya mahu berkongsi momen bersama Vida.

“Terima kasih mendoakan DSV, alhamdulillah dia dah pulih dan dalam keadaan baik-baik saja.

“Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak pasukan konten kami.

“Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif,” katanya dalam platform Threads.

Tegas Fazley, pasukannya akan lebih meneliti dan menapis setiap kandungan sebelum dimuat naik dalam media sosial bagi mengelak kecaman ramai.

“Keterujaan pasukan kami untuk berkongsi momen-momen tertentu akan diperhalusi pada masa akan datang.

“Saya sebagai ‘bakal Imam DSV’ akan usahakan agar semuanya lebih mencerminkan contoh yang baik.

“Terima kasih dan doakan kami! Cuma bahagian DSV gelak, tidak boleh tolong sebab saya suka!” ujarnya.

Terdahulu, video memaparkan Fazley mengurut Vida dia sebuah pusat peranginan mengundang rasa kurang senang netizen.

Rata-rata berpendapat konten sebegitu tidak sesuai dimuat naik untuk tatapan umum malah kedua-duanya juga belum lagi bergelar suami isteri. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduhai Fazley, urut-urut tu kan dalam bilik je kot, bukan tayang satu dunia. 🙈 DSV pun, sabarlah kak. Ni kat IG, baru je post story gelak-gelak, harap rileks sebab kontroversi ni pun boleh buat org malas2 nak tengok. 🤭

 
Back
Top
Log in Register