BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Temui ajal selepas menonton bola

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Othman (tengah) bersama anak tirinya menerima kunjungan salah seorang jirannya, semalam. Gambar kecil: Nur Effatimah.​

KUALA KRAI - Seorang wanita maut sementara anak perempuannya parah dirempuh motosikal selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA, malam kelmarin.

Dalam kejadian di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang itu, Eshah Mat Ail, 55, maut dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai (HKK) sementara anaknya, Nur Effatimah Othman, 22, yang mengalami kecederaan masih tidak sedarkan diri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKK.

Suami mangsa, Othman Che Long, 50, berkata, sebelum kejadian mereka menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai tidak jauh dari rumah.

Bagaimanapun, setelah merasakan pasukan The Red Warriors tidak akan menang, Eshah memaklumkan dia hendak ke rumah rakannya ditemani Nur Effatimah dengan berjalan kaki.

Menurutnya, tidak lama selepas anak dan isterinya pergi, penduduk memaklumkan satu kejadian kemalangan berlaku tidak jauh dari rumahnya.

"Saya segera ke tempat kejadian walaupun tidak tahu siapa yang terlibat.

"Sebaik sampai di tempat kejadian penduduk mencari saya dan memaklumkan isteri dan anak dilanggar motosikal," katanya ketika ditemui di rumahnya, tengah hari semalam.

Othman berkata, ketika itu anak dan isterinya sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, beberapa hari sebelum kejadian arwah sempat berpesan supaya menjaga kucingnya.

"Arwah minta belikan makanan untuk kucing.

"Arwah juga berpesan supaya melakukan pendawaian semula di rumah kami yang terjejas akibat ditenggelami banjir baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Othman turut meluahkan rasa kecewa apabila kad pengenalan dan beg duit isterinya hilang selepas kemalangan.

Jenazah Eshah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pahi selepas Zohor.
 
Back
Top
Log in Register