ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SENI mempertahankan diri boleh diceburi oleh sesiapa sahaja selagi ada kemahuan. Selain dapat dijadikan asas untuk mempertahankan diri, seni ini juga boleh dijadikan aktiviti riada yang menyihatkan badan dan jika sudah mahir boleh muncul sebagai juara.
Itu yang dibuktikan oleh model catwalk terkenal Malaysia, Peter Davis yang juga seorang peserta seni mempertahankan diri profesional. Di sebalik ketampanannya di pentas peragaan Davis juga seorang yang lasak apabila di gelanggang pertarungan.
Malah daripada model di pentas catwalk, dia bertukar menjadi wira di arena tempur apabila muncul sebagai juara kejohahan seni mempertahankan diri tersohor Asia iaitu ONE Championship Age of Champion di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.
Bertanding dalam kategori lightweight, Davis membuktikan kehebatannya dalam pertarungan yang ditunggu-tunggu peminat itu apabila dia menewaskan pencabarnya Rajinder Singh Meena dari India.
Ketika di gelanggang pertarungan Davis menampilkan sisi lain yang berbeza daripada model apabila tangkas menyerang lawan hingga langsung tidak memberi ruang untuk lawan bertindak balas. Hasilnya dalam masa tidak sampai tiga minit perlawanan dihentikan dengan kemenangan kepada super model itu.
Sebaik loceng perlawanan dibunyikan, Davis terus menyerang Meena bertubi-tubi dari segenap penjuru dan terus menghukum peserta dari India itu dengan asakan dan tumbukan padu hingga memaksa pengadil menghentikan pertarungan.
Davis turut mendapat semangat daripada para penonton yang teruja dengan aksinya itu yang mendorongnya untuk melakukan yang terbaik bagi memenangi pertarungan tersebut.
Dalam temubual dengan Utusan Malaysia, Davis berkata dia berjuang untuk Malaysia.
“Saya berjuang untuk Malaysia. Penghargaan saya dapat daripada para penonton lebih berharga daripada hadiah yang saya menangi,” katanya.
Pada mulanya Davis memang tidak mengharapkan kemenangan mudah para pertemuan dengan wakil dari India itu. Dia menjangkakan satu pertarungan yang sengit kerana Meena merupakan lawan yang sukar.
“Saya tidak menjangka akan dapat menewaskannya dengan mudah. Lagi pula, rekodnya di gelanggang juga lebih kurang sama dengan rekod saya, jadi saya percaya kami akan bertarung dengan sengit,” katanya.
Mengenai kemungkinan dia akan cedera dan meninggalkan parut di muka yang boleh mejejaskan kerjayanya sebagai model dan pelakon, Davis yang berdarah British dan Malaysia itu berkata, perkara itu dia tidak takut.
Apa yang dia takut apabila masuk ke sangkar pertarungan itu ialah tewas.
“Satu-satunya rasa takut apabila bertarung dalam sangkar itu ialah takut akan kalah. Saya hanya takut akan kalah yang mana akan mengecewakan penyokong dan para pelajar saya,” katanya.
Davis kini merupakan antara nama yang tidak asing lagi dengan dunia seni mempertahankan diri di Malaysia. Dia memegang rekod pertarungan profesional dengan tujuh kemenangan dan satu kalah, dan kejayaan di Stadium Putra Bukit Jalil itu adakah yang pertama dalam pertarungan dalam siri ONE Championship.
Untuk mencapai kejayaan itu, dia melakukan latihan antara empat hingga enam jam sehari untuk memastikan kekal berstamina selain dapat mengekalkan berat badan untuk bertanding bagi ketegori bawah 73 kilogram.
“Saya kini lebih dikenali dalam seni mempertahankan diri daripada peragaan. Malah, ia juga dalam memberi ruang kepada saya dalam filem terutama peluang untuk berlakon babak pertarungan dalam filem,” katanya.