BTC USD 85,516.9 Gold USD 4,130.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKUN bantu mangsa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ISMAIL MOHAMED SAID (dua dari kanan) menyampaikan cek pinjaman TEKUN kepada Said Kamal Shah Meabdullah (kiri) di Masjid Kampung Paya Luas , Kuala Krau, Pahang, kelmarin. UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD​

KUALA KRAU 5 Ogos - Seramai 54 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di Parlimen ini yang terjejas banjir pada hujung tahun lalu menerima pinjaman baharu berjumlah RM918,000 semalam.

Mereka menerima pembiayaan antara RM2,000 sehingga RM50,000 seorang tanpa caj bagi membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan semula.

Pengurus TEKUN Nasional Parlimen Kuala Krau, Mohd. Muzri Mohd. Ariffin berkata, peminjam yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha ikan dalam sangkar mengalami kerugian besar akibat banjir luar biasa yang melanda negeri ini hujung tahun lepas.

Katanya, penternak ikan sangkar mengalami kesan paling besar kerana kebanyakan sangkar ikan yang diusahakan pecah dan dihanyutkan air deras sebelum produk dapat dijual di pasaran.

“Kerajaan melalui TEKUN bersimpati dengan nasib mereka dan menawarkan pinjaman baharu tanpa faedah bagi membolehkan mereka memulakan kembali perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian cek kepada penerima yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said di Masjid Kampung Paya Luas, di sini semalam.

Menurut Mohd. Muzri, pihaknya sedang meneliti beberapa nama lain yang terlibat untuk menerima pinjaman dalam pusingan kedua jika diluluskan.

Sementara itu, Ismail merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, peminjam TEKUN terlibat mendapat manfaat berganda apabila baki pinjaman mereka sebelum ini dimansuhkan.

Beliau berkata, keadaan itu jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

Seorang peminjam, Said Kamal Shah Meabdullah, 38, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi pinjaman semula tanpa faedah dan melupuskan baki pinjaman kepada mangsa banjir.

“Saya menerima pinjaman baharu sebanyak RM50,000 untuk digunakan bagi memulihkan projek ternakan ikan patin dalam sangkar di Sungai Pahang. Semasa banjir besar akhir tahun lepas, saya kerugian lebih RM50,000 apabila semua 20 sangkar ikan patin hanyut dan pecah dilanda musibah itu,” katanya.
 
Kerajaan melalui TEKUN bersimpati dengan nasib mereka dan menawarkan pinjaman baharu tanpa faedah bagi membolehkan mereka memulakan kembali perniagaan

Maka dengan ini semua along pun menagis dan bungkus bisnes. :D
 
Back
Top
Log in Register