BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik pelik Dr Lau

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


KUALA LUMPUR: Seorang warga emas yang mengalami sakit lutut mendakwa diperdaya seorang lelaki mengaku pakar perubatan tradisional Cina sehingga mengalami pendarahan hidung serta masalah pertuturan selepas menjalani rawatan di premis tabib terbabit di jalan Cheras, di sini.

Warga emas berkenaan, Chow Yoon King, 72, berkata, dia menemui Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong selepas membaca laporan sebuah akhbar bahasa Cina pada 7 Mac lalu mengenai seorang mangsa yang kehilangan kedua-dua buah pinggangnya akibat berubat dengan tabib yang sama.


Menceritakan semula pengalamannya berubat, Yoon King berkata, tabib yang dikenali sebagai Dr Lau itu diperkenalkan seorang rakannya awal tahun lalu selepas mendapat tahu dia mengalami masalah lutut.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus berjumpa tabib terbabit untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan lutut saya yang sentiasa sakit. “Sepanjang dua kali rawatan, Dr Lau menggunakan teknik yang agak pelik iaitu memasukkan sudu ke dalam kerongkong hingga termuntah manakala bahagian pemegang sudu pula dimasukkan dalam hidung hingga berdarah,” katanya ketika sidang media di MCA, di sini semalam.


Menurutnya, ketika menjalani rawatan kedua, Dr Lau mengurut bahunya hingga bengkak, kononnya bagi melancarkan peredaran darah.


Warga emas itu turut mendakwa dia membayar RM90 untuk setiap kali rawatan, namun, lututnya tidak juga sembuh, malah sakit semakin bertambah apabila hidungnya sentiasa berdarah serta bahunya membengkak.

“Tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung, saya mengambil keputusan menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang sebelum doktor menasihatkan supaya menghentikan rawatan dengan tabib terbabit.


“Tidak lama selepas itu, saya terbaca mengenai kisah seorang lelaki kehilangan dua buah pinggangnya selepas menerima rawatan tabib yang sama, oleh itu, saya tampil untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar menghentikan rawatan dengan lelaki terbabit serta-merta,” katanya.



SUMBER:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TeknikpelikDrLau/Article/index_html
 
ape punya teknik daaa..nak rawat lutut,tp jolok hidung dan mulut guna sudu..:))
 
Tu org tua. Klu org muda mesti dah kena ehem ehem... ;-)
 
ah so tak selera cucuk kt hidung laa..klu amoi cucuk kt tpt lain:))
 
buah pinggang hilang tu cmne plak?
bedah ke ape?
xkan tibe2 hilang..
 
tabib nie betol ke x nie?
ape sakit lutut g bantai jolok mulut plak ngn sudu..
 
hahahaha jolok sudu dalam lubang idung
ni tabib sakit mental ni
 
buah pinggang hilang tu cmne plak?
bedah ke ape?
xkan tibe2 hilang..

aku rasa bukan hilang, tapi rosak. Mungkin sebab pengambilan ubat, sebab kebanyakan ubat traditional letak steroid berlebihan. Bole buat buah pinggang rosak. Tue pasal sapa amik ubat traditional makan 1-2 biji sakit2 dah hilang. Sebab kandungan steroid yg amat tinggi.
 
Back
Top
Log in Register