BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TEKNIK CSR100 - "Trade with the Trend"

Macam tak ada aja :-?:o#:-S:-?



Setup CSR100 tidak semestinya akan muncul setiap hari. Kalau rajin usha kesemua pair.....mungkin boleh jumpa kot :)



P/s : kalau saya terjumpa setup cun....nanti saya postkan disini, harap bersabar :)cgrock

Yes sifu dah bg kata2 aluan tu.. :)paid
 
camne nak gune 62EMA dan 50SMA?.. kite perlu perhatikan ape utk PO?




Post2 di bawah ini ttgn MCSR100 mungkin dapat membantu :)




Salam Traders Semua. :)


MODIFIED CSR100


Seperti yang telah saya janjikan, hari ini kita pergi ke level seterusnya. Penggabungan 2 indi asas MT4, Moving Average (62 EMA) dan Awesome Oscillator (AO) dengan CSR100. Penggabungan ini saya namakan Modified CSR100 (MCSR100).


Just for info,

CSR100 adalah based on pure Price Action -----> Leading Indicator.

62 EMA dan AO pula adalah based on data2 (history) sebelumnya -------> Lagging Indicator (AO = Repaint)



Setting untuk indi di MT4


1. 62 EMA ---> 62 Exponential Moving Average (Close)

2. AO ------> Bill Williams Awesome Oscillator.



Fungsi 62 EMA dan AO


1. 62 EMA ------> fungsi utama 62 EMA adalah untuk membantu kita mengenal pasti arah trend seterusnya memastikan kita "Trade with the Trend" . Ianya juga amat effective bertindak sebagai "Support dan Resistance"


2. AO -----> fungsi AO adalah sebagai filter/confirmation untuk sesuatu Trade. Ia juga berfungsi untuk membantu kita melihat "divergence" seterusnya memberi signal awal adakah telah terjadi "trend reversal" atau kita masih di dalam sesuatu trend -"trend continuation".



Semuga penggabungan "Leading dan Lagging" indicator ini di dalam MCSR100, dapat membantu memudahkan trading kita dan juga membantu untuk kita "mengintai peluang2 atau SETUP" yang ada.


Saya akan berikan Rules MCSR100 dan contoh2 Charts di post2 akan datang untuk sama2 kita bincangkan.




Rules atau Strategi MCSR100



Sangat Effective Di TF 1 Hr (tf 15m kadang2 ok gak)



1. Price di atas 62 EMA -------> Uptrend (Buy/Long Aja):)

2. Price di bawah 62 EMA ------> Downtrend (Sell/Short Aja):)



DOWNTREND (sell aja):p


Enter Post ------> Tunggu terjadinya SBR, enter short bila price bounce off SBR atau 62 EMA. Jika kedudukan SBR dan 62 EMA berada pada kedudukan sama atau hampir, ini menandakan "Strong Resistance" dan merupakan peluang terbaik untuk enter post sell/short.



Target Profit


TP 1 -----> Lowest Point (Support selepas terjadinya breakout)

TP 2 atau TP 3 ------> Disebabkan kita Trade with the TREND, kemungkinan untuk price break lowest point (latest support) dan membuat new low adalah tinggi. Di sini fungsi AO memainkan peranan untuk kita memaksimakan TP (profits). Close sell bila AO bertukar dari merah ke hijau atau bila terjadinya "divergence". Trailing Stop (TS) juga boleh digunakan. Sentiasa pindahkan SL beberapa pips di atas 62 EMA setelah breakeven.


Stop Loss (SL)------> Beberapa pips di atas SBR atau 62 EMA.



Untuk UPTREND adalah sebaliknya.



Rujuk Chart di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.



Chart GU TF 1 HR.



gu1hr9102008csr100iz4.gif




SELAMAT MENCUBA DAN HAPPY TRADING :D



P/s : MCSR100 dah lama tak di gunapakai oleh Geng2 CSR100 tapi rasanya masih lagi relevan. Untuk lebih Simple & Praktical....digalakkan untuk mengunakan "The Original CSR100" sahaja -----> NAKED & KISS :)paid
 
Macam tak ada aja :-?:o#:-S:-?



Setup CSR100 tidak semestinya akan muncul setiap hari. Kalau rajin usha kesemua pair.....mungkin boleh jumpa kot :)



P/s : kalau saya terjumpa setup cun....nanti saya postkan disini, harap bersabar :)cgrock

Yup.. sabar itu kan separuh drp iman.. xkan lari PIPS dikejar.. :)paid
 
Mungkinkah ini setup GU :-? :o#:-S:-?



Chart GU TF 4 Hr 14-1-2010 :)



gutf4hr1412010.gif
[/URL][/IMG]



Selagi significant 1st Retest belum terbentuk.....jangan masuk apa2 post. Nak selamat tunggu 2nd Retest.



T.A.Y.O.R :))




UPDATE TERKINI GU :))



Chart 1 : GU TF 4 Hr 18-1-2010 -----> Mungkinkah ini Setup CSR100 :-?


gutf4hr1812010.gif
[/URL][/IMG]



Jom ZOOM untuk melihat PA & apa yang berlaku :)



Chart 2 : GU TF 1 Hr 18-1-2010 -----> Significant 1st Retest telah terbentuk, intai peluang enter post SELL pada 2nd Retest :-?



gutf1hr1812010.gif
[/URL][/IMG]



Chart 3 : GU TF 1 Hr 18-1-2010 -----> ZOOM lagi.... Pin Bar pada 2nd retest, enter post SELL.....so far so good = 50 pips :)paid



gutf1hr1812010zoom.gif
[/URL][/IMG]



Happy Trading :D
 
selalunya selepas 2nd retest tu..confirm ker dia akan turun atau naik balik?
 
Setup GU TFH4 19Jan2010 dah mengena.. thanks Tuan JGV100.. :)paid

csr-15.gif



Tahniah Masta Rimau =D><:-P=D>



Dah Hit Min TP = 100 pips tu :)cgrock



P/s : Dah join broker baru nampaknya ......nak join sekaki boleh? :-? dpt jadi supporter pun cun gak ni :)
 
selalunya selepas 2nd retest tu..confirm ker dia akan turun atau naik balik?



Bergantung pada Trend Semasa. Jika dalam Uptrend ----> biasanya selepas 2nd Retest Price akan naik balik. Jika dalam Downtrend -----> biasanya nya selepas 2nd Retest Price akan turun balik. :)


Yang pasti tiada siapa pun tahu atau boleh confirmkan kemana sebenarnya arah pergerakan price :-? :p


1st Retest adalah reference point/filter dalam Teknik CSR100. Ia menandakan Support atau Resistance telah terbentuk di situ. Sama ada 1st Retest boleh berfungsi sebagai SBR atau RBS.... hanya masa yang akan menentukan. 2nd Retest adalah point dimana kita mengintai peluang untuk memasuki Post. SL pula hendaklah di setkan beberapa pips diatas atau di bawah 1st Retest. Jika Hit TP Alhamdulilah, jika Hit SL tak.apa.lah....Min loss aja. :)



Harap dapat membantu, TQ :D
 
bro jgv100,

agak2nyr GU tp yg paling sesuai di mana yeee..



Kalau ikut Rules CSR100 :


1. Min TP = 100 pips :)


2. Normal TP = Highest atau Lowest point selepas breakout :)


3. TP JGV100 = 20 pips aja :)



Sebenarnya terpulang pada diri anda sendiri dimana nak letak TP tu ......tepuk dada tanya selera :)



Happy Trading :D
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13638
USD / JPY
157.162
GBP / USD
1.32581
USD / CHF
0.83189
USD / CAD
1.41646
EUR / JPY
178.573
AUD / USD
0.70252
Back
Top
Log in Register