Baguih teknik ni... kira macam kita pasang perangkap untuk nak kenakan Bull & Bear ni... pada sesiapa yang pips-nya pada hari pertama try tidak kena(-75), saya cadangkan doublekan lot anda pada esok hari. kerana setelah kajian saya yang terperinci pada graf Daily Time Frame sebelum ini, pergerakan GBP/JPY yang tidak berapa kuat hanyalah 3-5 kali sahaja. Jadi jika menggunakan teknik double lot, hanyalah setakat 5 kali maksimum(0.01, 0.02, 0.04, 0.08, & 0.16). jika pada hari ke-2 tidak kena juga, doublekan lagi sehingga kena. Lepas kena, buat balik semula lot 0.01. Oleh kerana selepas TP anda mengena, sekaligus ianya akan recover balik kerugian anda sebelum ini dan juga anda mendapat profit. Teknik ni sesuai jika trader yang modal banyak atau leveragenya tinggi atau akaunnya jenis (Cent), so effect pergerakannya tidak berapa kuat.
Dan juga TP yang rendah. lagi rendah lagi selamat bagi saya. saya set TP saya 38 pips dan SL 75pips(untung sikit jadiler

).
apabila nak buat PO, untuk Buy Stop, saya cadang lebihkan beberapa pips untuk spread. Contoh Broker Merah spread untuk GBP/JPY 7 pips. so Open price katakanlah 142.00, +50pips dan +7pips untuk spread, jadi PO kita set 142.57. Dari 142.57 tu lah kita baru set TP dan SL.
Untuk Sell Stop, ikut Open Price dan hanya +50pips sahaja, tidak perlu tambah spread.
Sebab apabila saya set PO Buy Stop saya direct +50pips dari OP, apabila Buy Stop telah open, ada kalanya price akan reverse semula dan akan mengena SL Buy saya tersebut. Jika saya set PO Buy Stop +50pips dan +7pips spread, Buy Stop saya terselamat dari di-open sebelum price membuat reverse.(situasi begini terjadi dalam 2-3 kali dalam seminggu berdasarkan kajian saya di graf Daily Time Frame sebelum ini).
Sekian pendapat dari saya yang tak seberapa ini. Jika salah harap masta2 lain tolong tunjukkan dan berkongsi ilmu.