BTC USD 84,755.3 Gold USD 4,137.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teka-Teki Islamik

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Izinkan saya memberikan teka-teki berbentuk Islamik ataupun sejarah Islam...ia untuk kita memahami sesebuah fakta dengan mudah tapi berkesan di minda.

Soalan 1

Anda sering membaca surah Yasin dan al-Waqi`ah. Telah diceritakan berkenaan pohon berwarna hijau. Jika ia bersentuhan diantara "jantan" dan "betina" (negative & positif) walaupun basah, maka ia akan menghasilkan api. Apakah nama pohon itu?

Sudah terjawab: Iaitu Markh & Nafar

Soalan 2

Satu pohon – bukan bermaksud buah – yang apabila ia diperah akan mengeluarkan air. Dan apabila ia dipanaskan ia akan menghasilkan minyak. Apakah nama pohon itu?

Sudah terjawab: Iaitu buah Zaitun

Soalan 3

Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah orang di alam barzakh yang berasa amat bahagia dan menganggap orang di dunia berada dalam kerugian. Sedangkan tugas di dunia hanya mengajak manusia mengikut para Nabi utusan Allah. Di dalam surah Yasin disebutkan, dia dilemparkan dengan batu dan mati. Siapakah orang itu?

Sudah terjawab: Iaitu Habibun Najar

Soalan 4

Orang nasrani menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah Nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?

Soalan 5

Dalam al-Quran dia telah menghidupkan 70 orang dan di dalam al-Hadits dia telah menghidupkan 35 ribu orang dari kaumnya yang telah meninggal selama 60 tahun. Siapakah Nabi itu?

Sudah terjawab: iaitu Nabi Musa a.s

Soalan 6

Siapakah Nabi yang telah menghidupkan kanak-kanak perempuan yang ditanam hidup-hidup oleh bapanya kerana mengikut tradisi masyarakat? Dan siapakah bapa anak kecil itu?

Soalan 7

Siapakah dia yang telah menghidupkan orang-orang yang telah mati diperkuburan Javana. Dan si mati ditanya oleh ahli warisnya, dan beliau mengakui kebenaran Muhammad bin Abdullah?

Soalan 8

Cucu Iblis yang telah beriman dikatakan telah bertemu dengan Rasul. Dan dia telah menceritakan nama-nama wasi sejak Adam hingga Nabi Muhammad. -Siapakah nama cucu Iblis itu?

Soalan 9

Di dalam surah al-Baqarah dikhabarkan tentang seorang pemuda yang bertubuh sasa, tetapi miskin, namun ilmunya hebat dan bijaksana. Nabi Daud dikatakan menyertai pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Pemuda tersebut memiliki sebuah Cokmar (mohor).
Siapakah nama pemuda tersebut?
Dan apakah nama cokmar yang dimiliki olehnya?
Siapakah nama ketua panglima pihak musuh yang ditentang?
Dan siapakah pula yang membunuh ketua panglima pihak musuh?

Sudah terjawab:

Pemuda: Talut
Cokmar: Tabut
Ketua panglima kafir : Jalut
Nabi Yang membunuh ketua panglima: Daud a.s


Soalan 10

Di dalam surah al-Waqi`ah ada disebutkan pohon Zaqqum berduri yang menjadi makanan ahli neraka. Pohon ini boleh tumbuh dan membiak di dalam api neraka. Sebaliknya, terdapat di dunia ini burung yang mampu bertelur dan membersihkan tubuhnya di dalam api. Burung ini hanya terdapat di negeri cina. Apakah nama burung tersebut? Dan apakah pula nama burung yang bertelur di awan?

Sudah terjawab: Burung yang bertelur dan membersihkan tubuh di dalam api burung Pheonix. Dan burung yang bertrlur di awan bernama Cenderawasih


Semoga anda mampu menjawabnya. Soalan-soalan ini saya ajukan ketika menganjurkan summer camp di JB baru-baru ini dengan hadiah yang besar buat anak-anak remaja. tapi untuk anda...pahala dan ilmu ajelah....Salamullahi Alaikum..

Mari kita lihat siapa yang kena..
 
Last edited:
hmm..syok nih..kena balik buka buku ler..hehe
 
Ya sheikh syiah al-kafir . bg teka teki apa lak ??

Wah..:o straight...sangat berani...dan meyakinkan tohmahan anda ni..

emm...:-?

Saya pernah mendengar sebuah hadits Rasul s.a.w yang mengatakan bahawa jika seseorang memanggil @ menuduh seseorang yang lain sebagai "kafir", maka jika tuduhan @ panggilan itu bukan haknya, maka ia akan dikembalikan kepada si penuduh...

Baiklah. Saya ingin mengajak anda ikut teknik al-Quran yang menyarakankan agar ber MUBAHALAH bagi membuktikan kebenaran. Jadi baca statement saya ini dengan baik.

SEANDAINYA benar saya jatuh kafir sebagaimana yang dituduh. Maka laknat Allah, Rasul dan para malaikat serta seluruh umat mukmin akan jatuh ke atas diriku KHAIREEN SYAHREEN A MALEK dan bala akan menimpa saya dengan serta merta dan seberapa segera. Dan SEANDAINYA ia berlaku sebaliknya, maka seluruh LAKNAT tersebut akan menimpa tuan zerorise dengan serta merta dan bala Allah akan menimpa beliau dengan seberapa segera.

Ini sumpahan bahagian saya. Sekarang anda pula bersumpah di atas nama Allah, rasul dan para malaikat serta seluruh umat mukmin.

Cabaran datang dari al-Quran bagi membuktikan kebenaran.
 
satu pun den xdapek nk jawab...(malu)
 
ades..aku pun tak jawab..dangkal lagi aku bab2 ni..
 
zerorise mmg suka buat gempak. Tapi kalau saudara lihat post2 zerorise dan Ace, mungkin saudara faham kenapa dia ckp mcm tu.

gempak ke..rompak ke..sepak ke...kafir kan org tu akhlak apa ye.Tolong jawab bro.Saya ni baru cukup umur tak faham lagi benda-benda ni.Nak belajar ni.
 

Wah..:o straight...sangat berani...dan meyakinkan tohmahan anda ni..

emm...:-?

Saya pernah mendengar sebuah hadits Rasul s.a.w yang mengatakan bahawa jika seseorang memanggil @ menuduh seseorang yang lain sebagai "kafir", maka jika tuduhan @ panggilan itu bukan haknya, maka ia akan dikembalikan kepada si penuduh...

Baiklah. Saya ingin mengajak anda ikut teknik al-Quran yang menyarakankan agar ber MUBAHALAH bagi membuktikan kebenaran. Jadi baca statement saya ini dengan baik.

SEANDAINYA benar saya jatuh kafir sebagaimana yang dituduh. Maka laknat Allah, Rasul dan para malaikat serta seluruh umat mukmin akan jatuh ke atas diriku KHAIREEN SYAHREEN A MALEK dan bala akan menimpa saya dengan serta merta dan seberapa segera. Dan SEANDAINYA ia berlaku sebaliknya, maka seluruh LAKNAT tersebut akan menimpa tuan zerorise dengan serta merta dan bala Allah akan menimpa beliau dengan seberapa segera.

Ini sumpahan bahagian saya. Sekarang anda pula bersumpah di atas nama Allah, rasul dan para malaikat serta seluruh umat mukmin.

Cabaran datang dari al-Quran bagi membuktikan kebenaran.

Ulama bersepakat bahawa menolak sahabat2 nabi saw jatuh MURTAD / KAFIR .
 
Back
Top
Log in Register