BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teh mamak terjamin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) memberi jaminan tiada dalam kalangan 2,920 ahlinya di seluruh Malaysia menggunakan serbuk teh yang dicampur dengan habuk kayu dan pewarna dalam menyediakan teh tarik kepada pelanggan.

Presidennya Noorul Hassan Saul Hameed berkata, selain menyalahi undang-undang, tindakan itu tidak masuk akal kerana ia hanya dapat menjimatkan beberapa ringgit, tetapi boleh menyebabkan perniagaan bermodalkan ribuan ringgit gulung tikar dalam sekelip mata.


“Dakwaan ini tidak masuk akal. Peniaga sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk mencantikkan restoran yang diusahakan sejak sekian lama dan takkan mereka mahu merosakkannya hanya untuk berjimat beberapa ringgit.

“Penggunaan serbuk teh campuran bahan pewarna dan habuk kayu tidak pernah berlaku di mana-mana restoran India Muslim yang menjadi ahli PRESMA, malah kami amat mementingkan kualiti bahan yang digunakan untuk kepuasan pelanggan,” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, walaupun persatuan tidak mempunyai kaedah untuk mengawal cara pembelian teh dalam kalangan ahlinya, beliau yakin semua ahli tidak terbabit dalam kegiatan yang tidak beretika itu.


“PRESMA hanya menjaga kebajikan ahli, namun kami juga sentiasa mengingatkan ahli supaya mengutamakan pelanggan, bukan mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tehmamakterjamin/Article/index_html
 
pasal sorg wartwan gegar semua pniaga kdai makan..
 
btl ke mamak ni?..atau sekadar nk jaga bisnes masing2.
 
kalau bgatu brand @ lokasi kajian teh kan senang, tak da la prejudis
 
kalau dah ada laporan ambush sahajalah huhuuh
 
kalau campur ngan serbuk kayu tah bau n rasanya pon lain.....
 
tapi kari semalam yg dah bau masam sikit tu kemudian diperangat balik tu biasa kan kan kan..?
 
Salah satu bangsa yg pegang ekonomi mesia iaitu mamak dgn rrstoran 24 jam..
 
bagus pendedahan sebegini, bukan semua restoran mamak tu hidangkan teh yg terjamin baguih..
 
Back
Top
Log in Register