BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Tenaga Negara Kekal Terjamin - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
34c1b50f9b7371fe79b83ff21643df1969a995b87db60

03a24aefa2c629a7b8db00377eb4e32d69a995a5cbd09

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Bekalan gas dan minyak negara kekal terjamin dan kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan global susulan konflik di Timur Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata kerajaan MADANI memastikan Malaysia bersiap siaga dengan langkah kontingensi bagi melindungi rakyat serta memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 bersama kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri di Kementerian Kewangan petang tadi.

"Dalam mesyuarat ini, saya memaklumkan bahawa asas ekonomi Malaysia kekal kukuh di sebalik ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat.

"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 mengatasi unjuran, manakala kadar pengangguran berada pada tahap terendah dalam tempoh 11 tahun," kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register