BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Technology Park tarik pelabur

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
TECHNOLOGY Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) yakin mendapat 10 syarikat pelabur untuk melabur di lebih 20 syarikat berpotensi TPM terutamanya bagi bidang kejuruteraan lanjutan, teknologi maklumat dan biosains dengan nilai dana RM1 juta dalam tempoh enam bulan.

Sasaran itu antara lain akan disokong oleh platform rangkaian pelabur yang baru dilancarkan iaitu TPM Angel Chapter, satu inisiatif Pusat Inkubasi Inovasi TPM.

Ia bertujuan untuk memajukan sektor keusahawanan dengan menyediakan sumber alternatif potensi pembiayaan kepada lebih 100 syarikat berpotensi dan 102 syarikat baru TPM di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Mohd Azman Shahidin berkata, TPM Angel Chapter adalah platform kepada pelabur dalam dan luar negara untuk meneroka peluang pelaburan bagi meningkatkan kepelbagaian portfolio pelaburan dan meningkatkan perolehan syarikat.

“Kami telah mengenal pasti lebih 70 individu berpendapatan tinggi yang boleh berkongsi sumber, pengalaman pelaburan dan ilmu industri bagi menyokong projek permulaan untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di pasaran," katanya.
 
ape ce madey kutti baru nk plan memda ni? bgunan TPM nk runtuh dah semua
 
Back
Top
Log in Register