BTC USD 85,346.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah CG

pasal tu le hari2 masa solat kita kena le mintak ampun ari2....xkira kita ada buat salah ke x.mmg tuhan tu maha pengampun & pangasih.dgn menjaga solat at least kita akan tergerak hati if kita ada buat salah & xkan melakukan sesuatu yg salah.....insyaAllah if solat dilakukan dgn consistant....Dia akan menjaga kita.......
 
Assalamualaikum..

[Nih ada satu artikel yang aku dapat dalam email.Aku tak ingat sapa yang hantar tapi elok la dikongsi bersama.Ada sedikit perubahan yang aku buat dari segi susunan ayat dan tatabahasanya. Jadi, kalau ada penciptanya yang membaca, maaf sebab aku ubah sedikit untuk disesuaikan dengan struktur bahasa Melayu standard.]

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu di mana. Mengapa aku di tempatkan di sini? Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat kupastikan siapa orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."

Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan.Itu suara ibu, insan yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor? "

Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat.” Jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha.”

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah..... Tapi mataku semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin lihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."

Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

”Tekanan darahnya amat rendah.” Sayup-sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi ibu, aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkanlah daku.

"Yassin.......”

Bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan ayat itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi Izrail datang.Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut......Aku semakin tegang. Semakin sendat nafas di dadaku.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut…”

Tapi rintihanku tidak dipedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah,gelisah dan kesah.Keluhan dan rintihan.

"Panas,dahaga,haus,panas........" Tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang.

"Nenek...........”

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini.”

"Ibu......" Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu,nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama Yahudi....."

“Ayah.......kau datang ayah......."

"Matilah dalam agama Yahudi anakku.Matilah dalam agama Nasrani.Itulah agama yang akan membantu kau masuk ke syurga.”

Nenek....ibu.....ayah......suara kaliankah tadi?? Kenapa kalian berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......”

Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami.”

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau. "Mari ikut kami.”

Cahaya putih datang.Datang kilatan hitam.Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .

"Apa ini,apa ini?"

"Akulah sakaratulmaut.......!!!!!!"

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk,dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah......."

Aku tersentak.Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahiwainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bau bangkai yang sebusuk-busuknya.Tiba-tiba satu bau menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni?”

"Assalamualaikum......”

"Siapa yang memberi salam itu?"

"Aku.”

"Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.Rambutnya yang tidak terurus,baju yang dipakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar tanpa dipedulikannya...... Jijik,loya…Aku rasa teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"

"Tidak,” jawabku tegas. “Mana mungkin aku kenal kau yang sehodoh dan sejijik ini.”

"Aku sahabatmu,kau yang membuatku hari-hari.”

"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini.”

"Akulah amalanmu yang keji.........."

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! Aku teringat kini,semuanya telah pernah kudengar dan kupelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan??

Surah Yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak Long dan kak Ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau kapur barus? Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!"

Aku diusung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.Kapas dibubuh di celah-celah badanku.Lalu aku dibungkus dengan satu demi satu lapisan kain itu.

"Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........"

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam sebuah kotak kayu. Kotak apa ini?Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak.

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.Tapi ke mana mahu dibawanya aku?

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!"

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang telah tersedia menanti jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku diturunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan.” Aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku
takut!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?"

"Aduh! Sakitnya badanku ditimbusi tanah.”

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali.” Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar,alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar..........”

Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap….Aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!”
 
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di
arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada
orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya
sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran
malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan
seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara
waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga
ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik
saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari
Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
 
Assalamu'alaikum...

Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda:


Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu
diambil
oleh malaikat juru pati dengan izin Allah disampaikan ke kuburku. Maka
malaikat itu berkata , 'Hai Muhammad! Polan bin Polan, umatmu telah
membaca selawat untuk engkau'. Sabda Nabi SAW, 'Sampaikan kepadanya
dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya, 'telah seharusnya bagimu
mendapat syafaat dari beliau (Nabi SAW)'.

Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan
berkata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya Polan bin Polan telah membaca
selawat sekali untuk kekasihMu.

Maka Allah berfirman, 'Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat'.
Kemudian Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap huruf pada selawat itu
akan satu malaikat yang mempunyai 360 kepala, tiap-tiap kepala
mempunyai
360 wajah/muka, dan tiap-tiap wajah terdapat 360 mulut dan tiap-tiap
mulut terdapat 360 lidah guna berbicara dan memuji Allah dengan 360
macam, dan pahala kesemuanya itu dicatat untuk orang yang membaca
selawat kepada Nabi SAW sampai hari kiamat'

aminnnnn ;) ;)
 
PENGALAMAN SEMASA DI TANAH SUCI

Pengalaman Pertama :

Di Test Keikhlasan Dalam Bersedekah... .

Saat-saat awal di Tanah Suci adalah melaksanakan Arba'in di Madinah, di Masjid Nabawi. Saat itu setelah melaksanakan Sholat Lohor ( Zhuhur ) di Masjid Nabawi saya bermaksud kembali ke Maktab, setiba dilapangan depan Masjid, seorang Fakir mengikuti saya dengan berkata-kata : " Fisabilillah ", Maksudnya meminta sedekah.

Lapangan didepan Masjid agak lenggang karena Sholat telah usai agak lama.

Saya segera mengambil dompet mengambil uang Real dikantong untuk diberikan kepada si Fakir, proses itu hanya beberapa detik. Saat uang Real itu akan saya serahkan, ternyata tidak ada seorangpun terlihat disisi saya.

Radius 10-20 meter terlihat lenggang.......

Tak mungkin si Fakir itu bisa melintas dengan secepat itu dan pergi karena proses mengambil dompet dan mengeluarkan uang Real itu hanya beberapa detik saja....

Dalam beberapa detik secepat apapun orang berlari pasti akan terlihat, Jadi......, pertanyaannya siapakah yang tadi berjalan disamping saya itu dan tiba-tiba lenyap ?



Pengalaman Kedua :

Pemberi Petunjuk di Masjidil Haram Mekkah.....

Ketika menikmati berzikir dengan Ka'bah dihadapan adalah sesuatu yang sangat membahagiakan, aliran manusia yang sedang Tawaf, beribadah dengan beragam cara, adalah pemandangan yang tak terlupakan.......

Tiba-tiba saja terbetik dihati pertanyaan : " Bagaimana caranya memohon yang baik di Masjidil Haram ini ke Allah SWT untuk mendapatkan Rizqi-NYA....... "

Beberapa saat kemudian tiba-tiba seseorang duduk disamping saya dan kemudian mengajak bercakap-cakap.

Orang itu menyampaikan sebagai berikut : " Kalau saja orang-orang tahu dan memanfaatkan kesempatan ini dengan berdoa di Multazam melaksanakan Sholat Dhuha berturut-turut selama seminggu, Insya Allah akan dicukupkan Rizqi-nya ".

Saya mengangguk-anguk tanda setuju dan mengerti arah pembicaraannya......

Begitu saya menengok untuk melihat wajah orang itu, ternyata telah raib begitu saja....

Saya tengak-tengok untuk memastikan raibnya si pemberi petunjuk. Masya Allah, siapa dia yang tiba-tiba saja menghilang ?......

Akhirnya saya melaksanakan petunjuknya, yaitu setiap hari selama seminggu melaksanakan Sholat Dhuha di Multazam ( Multazam adalah sudut-area diantara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah ). Alhamdulillah -----terbukti.



Pengalaman Ketiga :

Cobaan Terhadap Harta.....

Hari terakhir di Mekah, saat perpisahan dengan Baitullah adalah melaksanakan Tawaf Wada' ( perpisahan ), sangat mengharukan sekali. Setelah memutari 6 x, pada putaran terakhir, mendekati Hajar Aswad, tiba-tiba terlihat uang Real dan U$ dolar berserakkan dihadapan, bertumpuk, mulai terinjak dikaki.....

Isteri, Hajah Retno Dewi memberi tahu saya : " Pah, ada duit jatuhan tuh ". " Ya saya sudah lihat jangan diambil lewati saja " kata saya. Melihat tumpukan uang itu orang-orang dibelakang saya mulai berebutan mengambil, demikian juga Askar Penjaga.

Ini membuktikan bahwa bukan halusinasi saya akan tetapi Nyata...

Kami berjalan terus menapaki tumpukan uang yang berjatuhan mendekati Hajar Aswad untuk menyelesaikan Tawaf Wada' Kami.

Yaa Allah, Kami menginginkan Rizqi-MU yang halal dari cucuran keringat Kami, kelak di Jakarta Indonesia -----bukan dengan cara ini.
 
subhanallah....................................aku pun nak letakkan gak perkara2 yg baik di sini,agar semua kita yg selalu lalai & jahil dpt sedikit sebnyk ikhtibar...semua Allah membuka hati kita semua...amin............ :)
 
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ & Salam Sejahtera

Untuk renungan



*****************************



KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka

akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
 
Batas dalam bergurau senda

Dari : Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
 
Assalamu'alaikum,
Sebelum g Mekah, mari kita ambik iktibar dulu yek..



Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan
nama
sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima.Sarah
(juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan
anaknya
itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang
berkewajiban
menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.


ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat
walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf
dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta
Alam.
"Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".


Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,
lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi
berwarna
hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia
terdiam.


Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya.


Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah
ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti
mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia
mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.


Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang
lalu
dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki
Masjidil
Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh
itu
bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.


Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala
kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.


Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang
sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan
menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa
ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
kepadanya.


Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali
dibutakan
didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan
symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah.
Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun
berikutnya.


Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di
Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.


Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu
berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis
fikir,
dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan
Ka'bah.


Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu
normal.
Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat
azab
dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat
musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya.
Akhirnya
diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu
permasalahannya.


Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal
kerana
kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa
kesulitan
bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun
mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu
mendengarkan
dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak
yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia
meminta
ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.


Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon
ulama
itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.
Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali,
mungkin
ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu,
sehingga
ia
tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka,
mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus
berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang,"
kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta
waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu
tidak
mendapat sebarang khabar dari Sarah.


Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di
rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.


"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong
ulama
itu.
"Tapi saya mencari wang
sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya
itu
halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak
menyangka wanita itu akan berkata demikian.


"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana
tidak
semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang
menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan,
dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan
mereka."


Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
"Astagfirullah......"
betapa tega wanita itu
menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak.
bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah
tidak
tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika
seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.


Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam
masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?"


tanya ulama terperanjat.


"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa
banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada
tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?


"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga
melakukan
tugas memandikan orang mati."
"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya
memandikan
orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?"
tanya
ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik
membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan
syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak
menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke
dalam mulut orang yang mati."


"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam.


Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya
berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu
dan
saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar
pertuturan
Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.


"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat
bantu
anda.
Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui
perbuatan
Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia,
apalagi
dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.


Tidak
pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan
sekeji
itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada
Allah,
kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."


Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian
ulama
tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat
tahu
dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah
bertaubat
atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni
dosa
Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga
memperoleh
khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.


Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan
khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah
meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu
terkejut
mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya
ulama itu.


Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari
kemudian
ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah
peristiwa
penguburan Sarah.


Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin
Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali
mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah
yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu
berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah
yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.


Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan
peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh
terjadi.Mereka
yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.


Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan
mereka
tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai
hampir
maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka
akhirnya
pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di
hamparan tanah kering kerontang.


Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak
tega
meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun
dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah
perkuburan
seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki
yang
berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.


Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang
menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata
padanya,"


Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.


Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu
akan
menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian
mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang,
sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian
ia
meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
pemakaman,terselit
keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.


Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan,
melihat
jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh
tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah
yang
berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah
seribu,
dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan
Hasan
kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang
tertampar
api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.


Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan.
Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta
ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh
ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa
yang
telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan
Hasan,
bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh,
maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.


Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama
itu,
bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa,
semakin
hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan
ibunya
selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun
perbuatan
dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.


Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita
semua.
Wang $50.000 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
terasa
terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak
ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


Kita mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail
tetapi
bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2
atau
3
kali.


OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN
TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
 
Charmander / Pikachu <---- Maaf Gambar tidak dapat di load. ;)

Lihat sahaja gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.

Assalamualaikum...........
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon.

Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Thanks and Best Regards,
B.Regards
Agus
Port Operation.
 
Back
Top
Log in Register