ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Dr Noordin (dua, kiri) di Ruang Pengujian Keserasian Elektromagnetik milik Angkasa.
Beginilah Ruang Pengujian Vakum Termal di Angkasa.
PENEROKAAN angkasa lepas membuka peluang kepada manusia memperkembangkan sains dan teknologi. Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, China dan India antara negara komited meneroka angkasa lepas.
Berasaskan manfaat positifnya terhadap kehidupan manusia, Malaysia tidak mahu ketinggalan menyertai penerokaan angkasa lepas menerusi penubuhan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Ibarat pepatah, mengukur baju biar di badan sendiri, Ketua PengarahAgensi Angkasa NegaraDr Noordin Ahmad berkata, negara kita masih belum bersedia melakukan pembangunan melibatkan kewangan secara besar-besaran.
Sebaliknya mengambil pendekatan mudah iaitu menekankan aspek penggunaan teknologi angkasa yang ditawarkan agensi itu.
“Negara maju seperti AS mengambil masa sekurang-kurangnya 50 tahun untuk mencapai tahap yang boleh dipercayai dalam sektor ini.
“Tetapi kita tidak mahu ambil kaedah sama untuk bergerak, kerana ia mengambil masapanjang. Jadi Malaysia ambil pendekatan lebih mudah supaya kita dapat masuk dalam bidang ini dengan lebih cepat.
“Kaedah kita gunakan ialah daripada aspek aplikasi kepada teknologi angkasa sebabpenggunaannya murah dan masyarakat boleh menerima manfaatnya dengan cepat berbanding jika kita membangunkan benda besar seperti roket dan satelit.
Saran guna teknologi
Di samping Angkasa menjalankan tugasnya,perlu kita tahu orang awam, organisasi, institusi pendidikan atau syarikat boleh menggunakan teknologi dan kepakaran milik Angkasa.
Dr Noordin berkata, tawaran disediakan adalah bagi membantu mana-mana pihak membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama sektor automotif dan robotik.
“Angkasa menawarkan perkhidmatan ini bagi membantu syarikat yang ingin menggunakan teknologi di sini bagi tujuan R&D," katanya kepada Sinar Harian.
Nampaknya ini tawaran cukup baik dan tidak perlu dipertikai keranaAngkasadi Banting, Selangor itu mempunyai kepakaran jurutera dan teknologi setanding barat.
Dr Noordin berkata, kerajaan dalam fasa akhir menyediakan Dasar Angkasa Negara yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Antara perkara ditekankan adalah membina industri berkaitan angkasa.
“Industri itu tidak semestinya besar atau berat,tetapi bermula dengan perisian, pemprosesan data serta penggunaan alatan harian seperti piring televisyen satelit.
“Sebagai permulaan, kita galakkan mana-mana syarikat berminat boleh guna teknologi diAngkasa ini,” katanya.
Dr Noordin berkata, melihat kedudukan ekonomi negara dan status ekonomi rakyat yang lebih memerlukan, beliau berpandangan Malaysia masih belum bersedia atau berkemampuan untuk membangunkan teknologi canggih dalam sektor angkasa ini dalam masa terdekat.
Ujarnya, keterbatasan negara itu adalah daripada sumber kewangan dan sumber manusia.
“Jadi mudah bagi negara kita adalah memulakannya dengan bidang-bidang sedia ada. Lalu kita kait dan selitkan teknologi angkasa di sini.
“Satu contoh, masyarakat hari ini guna Waze dan Google Map di mana telefon bimbit kita mengandungi cip memproses data satelit. Jadi penekanan kita adalah kilang-kilang untuk mengeluarkan cip sebegini.
“Buat masa ini memadai daripada segi penggunaan teknologi. Kita tidak perlu terus fokus kepada perancangan terlalu besaryang menggunakan banyak kewangan hingga menekan negara.
“Agensi ini beri penekanan mudah tetapi ia menyediakan pulangan kepada kita semua.
“Sehubungan itu kita buka peluang kepada syarikatmenggunakan teknologi Angkasa terutama sektor sains dan komputer dalam penambahbaikan produk dan rekaan aplikasiharian,” ujarnya.
Dr Noordin berkata, buat masa ini negara mempunyai Measat. Oleh itu,pembangunan seterusnya dilakukan berperingkat mengikut kemampuan kerajaan selepas mengutamakan kebajikan rakyat khususnya dari segi ekonomi.
“Sekarang ini banyak teknologi di angkasa boleh diaplikasikan manusia di bumi misalnya skru driver elektrik tanpa wayar, lampin pakai buang yang digunakan angkasawan untuk membuang air besar dan kecik, baju kalis terbakar ahli bomba yang tahan panas dan sejuk.
“Semua ini contoh adaptasi teknologi angkasa tetapi orang tidak nampak kaedah teknologi angkasa boleh digunakan. Kita hendak kembangkan sektor angkasa bukan semata-mata nak bina satelit," katanya.
Kembali kepada tawaran Angkasa kepada mana-mana syarikat, Dr Noordin berkata, sektor robotik dan automotif sangat digalakkan.
Peralatan teknologi dimiliki Angkasa ialah Makmal Pemasangan dan Pengujian Satelit sebanyak enam divisyen.
Dr Noordin berkata, ia ditawarkan untuk mana-mana syarikat menggunakannya untuk pembangunan produkpenyelidikan.
Enam divisyen tersebut ialah Ruang Pengujian Getaran, Ruang Pengujian Akustik, Ruang Pengujian Vakum Termal, Ruang Pengujian Keserasian Elektromagnetik, Ruang Pengukuran Perihal Jisim dan Ruang Pengukuran Penjajaran.
“Mereka boleh jalankan pelbagai uji kaji atau kajian sains dengan menggunakan teknologi di sini sambil dibantu pakar-pakar Angkasa.
“Diharap, pihak industri memanfaatkan teknologi angkasa untuk memperkembangkan ilmu, membangun keupayaan negara dalam sektor angkasa sekali gus menyokong pembangunan ekonomi negara,” ujarnya.
Secara kesimpulan, usaha Angkasa ini adalah sesuatu yang bersifat kerjasama sejagat.
Disini, masyarakat harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang diketahui mengenai angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan manusia pada masa depan.