BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HPUSM Tawar Pembelajaran Teknologi Robotik Bagi Pembedahan Lutut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141
0f5767307db835c83b15eaeccc57e51069807d9271bb6

1e6036634a9bf448ce96e29d7866229869807db05e8c5

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed mendengar penjelasan dari Pakar Perunding Ortopedik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Prof Dr Amran Ahmed Shokri mengenai kaedah pembedahan lutut secara robotik.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) kini menawarkan pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut sebagai usaha memperkasakan bidang perubatan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed berkata pelaksanaan teknologi robotik itu sebahagian daripada komponen program Sarjana Perubatan (Ortopedik).

Beliau berkata menerusi pembelajaran itu, pelajar pascasiswazah didedahkan kepada amalan pembedahan berketepatan tinggi, perancangan prapembedahan berasaskan data dan penilaian intraoperatif secara objektif.

“HPUSM juga antara pusat latihan utama dalam penghasilan pakar ortopedik di Malaysia selain menawarkan Program Fellowship Arthroplasty bagi latihan lanjutan dalam pembedahan penggantian sendi,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Perkhidmatan Pembedahan Robotik Total Knee Replacement di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Beliau berkata pembelajaran itu dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar iaitu Prof Dr Amran Ahmed Shokri, Dr Muhammad Rajaei Ahmad Mohd Zain dan Prof Madya Dr Shaifuzain Ab Rahman.

“Setakat ini, sebanyak kira-kira 80 pelajar pascasiswazah mengikuti program itu selaras dengan komitmen HPUSM sebagai hospital akademik untuk melahirkan lebih ramai pakar, khususnya dalam bidang pembedahan robotik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman berkata HPUSM turut menawarkan perkhidmatan pembedahan Robotik Total Knee Replacement menggunakan ROSA Knee System yang berfungsi sebagai pembantu pembedahan.

Beliau berkata prosedur pertama berjaya dilaksanakan pada 23 Sept tahun lepas dan setakat ini, 13 pesakit telah menjalani pembedahan menggunakan sistem itu dengan hasil klinikal awal menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

 
Back
Top
Log in Register