BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tawar hadiah lebih lumayan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
07hm361.transformed.jpg

MOHD Roy Suhaimi Sarif melupuskan mesin judi online di IPD Wangsa Maju.​


Kuala Lumpur: Tawarkan hadiah wang lebih lumayan serta cabutan bertuah kepada pelanggan awal dijadikan tarikan sindiket sempena 'perasmian' pembukaan semula premis judi milik mereka.

Itu antara strategi digunakan premis perjudian sekitar ibu kota yang dikesan mula menghidupkan semula kegiatan haram berkenaan yang sebelum ini digempur polis melalui Ops Dadu sejak tahun lalu.

Malah, sindiket dikesan turut menggaji tonto di kalangan warga asing yang diupah khas antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa serta menguruskan rumah judi itu.

Aktiviti itu bagaimanapun berjaya dibongkar hasil serbuan sepasukan polis daerah Sentul di tiga lokasi berasingan di Pusat Bandar Utama Jinjang Utara, Taman Fadeson, dan Taman Usahawan, Kepong di sini, jam 3.30 petang semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75789
 
Back
Top
Log in Register