CARA-CARA NAK KIRA NO ASAS ANDA
HURAIAN NO ASAS
Nombor 1 – Ketulenan
Yang Positif:
Seseorang yang telah dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang
kuat. Mempunyai semangat dalam persahabatan. Banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan.
Memiliki kebijaksanaan. Mempunyai kuasa analisa yang kuat. Dengan sentiasa
membuat analisis, seseorang itu akan menjadi individu berilmu. Tetapi sekiranya
seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa,ianya akan menjadi "tamak".
Individu ini merupakan seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. Individu
yang sangat kreatif dan sangat peka.Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. Kekayaan biasanya akan datang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun.
Yang Negatif:
Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan. Tidak
mudah menerima idea orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah
pemimpin ataupun bos-bos.
Tindakan Anda:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau
lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia), Luna
Maya (selebriti Indonesia), Tom Hanks (pelakun terkenal Hollywood), Robert
Redford (pelakun terkenal Hollywood), Hulk Hogan (bintang gusti professional
WWF)
Nombor 2 – Pendamai
Yang Positif:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa
bertenang dalam apa pun keadaan dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan.
Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan
golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksananya dengan tepat.
Individu ini sangat bagus dalam kerja perhubungan awam (PR). Lembut hati dan
amat peka terhadap keperluan orang lain, berbanding keperluan diri sendiri.
Yang Negatif:
Kurang kenyakinan terhadap kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
Menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga suka membawa cerita. Seorang yang sangat degil.
Tindakan Anda:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3)Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan
Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)
Jap g lak sambung..

