BTC USD 26,321.8 Gold USD 1,942.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Service SEO - Tempatkan perniagaan Anda di 1st page Google

tomyeto

Active Member
Messages
1,178
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,178
Reaction score
67
Points
30
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat buat fb ads, google ads untuk bisnes anda tapi sales masih suam-suam kuku? Dah penat nak post content kt media sosial tiap-tiap hari semata-mata nak dapatkan traffic ke website product anda?

Ramai orang kata kena jadi popular kt media sosial, baru senang nak jual barang. Kena post dan promote barang tiap-tiap hari baru orang jumpa dan beli.

Ramai yang tak tahu, fb dah sekat reach posting anda sekiranya terdapat unsur-unsur jual/beli barang. Ini kerana fb nk tingkatkan sales untuk servis fb ads diorg. Ye lah, kalau posting menjual biasa pun dh boleh reach ramai user fb lain, buat apa nk guna iklan. Sebab tu bila korang buat posting jual product, kadang-kadang kawan korg pun xnampak post tu.

"Ok je fb ads. Kos pun xla besar mana. Blh run ads ikut bajet.."

Ya betul, tapi itu beberapa tahun lepas. Masa tu algorithm fb belum secanggih sekarang. Sekarang ni cuba la run ads dengan bajet rendah, reach sangat sedikit. Dia akan bagi tau, "sila naikkan bajet untuk mendapatkan reach yang lebih berkualiti dan lebih meluas.."

Korang kata, "xpe, ok dh bajet ni.." dan run ads. Habis kempen, habuk pun xde. Klau ada yg komen pun, nampak macam fake profile je. Bila reply, dia buat dekk je.

Sekarang ni nk berniaga secara online, nak tak nak, anda perlu ada website sendiri. Kalau tak, anda hanya bergantung harap pada media sosial je. Ibarat kedai korang macam dalam mall besar. Kalau mall naikkan sewa, korang kena ikut. Tak boleh bantah. Kalau mall suruh anda pindah, anda kena pindah.

Sebab tu kalau nak kekal lama berniaga online, perniagaan anda wajib ada website. Media sosial juga perlu ada sebagai sokongan. Sebab dengan adanya website, anda boleh goyang kaki sambil main mobile legend atau candy crush. Pelanggan yang akan datang cari anda.

Sembang ba*i pun boleh terbang!

Saya bagi kronologi mudah. Kalau anak anda ada masalah dalam belajar dan anda rasa perlukan khidmat tusyen. Jadi anda akan cari dekat google. Google akan berikan keputusan carian perkhidmatan tusyen yang berdekatan dengan kawasan rumah anda, ada rating dan review sekali. Potensi untuk korang daftar tusyen dari situ sangat tinggi. Sebab korang memang ada intention untuk cari maklumat tersebut.

Macam tu juga sebagai peniaga atau pusat tusyen tersebut. Korang xperlu nak selalu post dekat page atau group fb semata-mata nak org tau berkenaan perniagaan korang.

Teknik pemasaran ni dikenali sebagai SEO. Ianya teknik pemasaran yang berkesan untuk jangka masa yang lama. Ia juga dipanggil organic search. Website anda akan dipaparkan berdasarkan keyword yang dicari. Berbanding paid ads di media sosial, yang biasanya terhenti selepas bajet anda habis.

Dengan SEO juga, korang xperlu bersusah-payah dok promosi produk tiap-tiap hari pagi petang siang malam. Anda cuma perlu ada website, dan setting website dan content supaya mesra SEO. Kemaskini seminggu atau 2 minggu sekali pun dah cukup. Selebihnya Google uruskan.

Dah tulis panjang-panjang ni, takkan la xde jual produk ye tak? Xde, saya xjual produk. Cuma kalau perlu nasihat berkenaan SEO atau nak hire saya setup SEO untuk perniagaan anda, jangan malu jangan segan PM tepi.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register