feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
TASIK KENYIR - Penginapan berkonsepkan rumah bot akan diwujudkan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP), di sini sebagai usaha penambahbaikan, sekali gus memberi daya tarikan kepada penjawat awam menginap dan menggunakan kemudahan tersebut.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri, Norazman Othman berkata, konsep itu praktikal dilaksanakan di RPP Tasik Kenyir yang terletak di Pulau Sah Besar itu berikutan ruang di kawasan berkenaan kini begitu terhad.
“Saya difahamkan, perkhidmatan rumah bot mendapat sambutan pelancong di Tasik Kenyir. Melihat kepada salah satu faktor ini, penginapan berkonsepkan rumah bot juga akan diadakan di sini sebagai tambahan kepada rumah sedia ada.
“Ia masih peringkat cadangan awal bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan kepada penjawat awam yang menginap di RPP di sini. Buat masa kini, RPP Tasik Kenyir mempunyai 10 unit banglo dan infrastruktur lain seperti asrama serta dewan makan," katanya.
Menurut Norazman, laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 200 meter juga juga akan dibina sekiranya bersesuaian.
“Kemudahan di RPP kini sudah selesa, apatah lagi kadar bayaran juga murah kerana ia adalah kemudahan penginapan kepada penjawat awam, bukannya perniagaan. Bagaimanapun, kita tidak boleh merasa puas tetapi perlu sentiasa lakukan penambahbaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Media Bersama BPH 2013 di RPP Tasik Kenyir di sini, malam kelmarin.
Program selama tiga hari bermula Rabu lalu melibatkan aktiviti lawatan ke beberapa lokasi menarik di Tasik Kenyir.
Norazman berkata, RPP Tasik Kenyir menerima jumlah pengunjung antara 7,000 hingga 10,000 setahun terutamanya melalui penganjuran program atau kursus diadakan oleh jabatan kerajaan dan jumlah itu rendah berbanding RPP di tempat lain.
"Jumalah ini amsih dikategorikan kecil berbanding RPP lain seperti Cameron Highland atau Pork Dickson. Kita telah mengenal pasti beberapa faktor berkaitan antaranya ialah lokasi Tasik kenyir serta masih ramai dalam kalangan penjawat awam yang belum mengetahui kewujudan RPP berkenaan di sini," katanya.
