BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarik balik pembatalan Free Flow

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Wang Kelian​

KANGAR - Kerajaan negeri menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menarik balik pembatalan Zon Aliran Bebas (Free Flow) Wang Kelian, Perlis yang telah berkuat kuasa 1 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man (BN-Pauh) berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai menghantar surat tersebut bagi merayu selain mengemukakan fakta bahawa Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian tidak menjadi laluan penyeludupan ke negara ini.

Menurutnya, surat itu membuktikan bahawa kerajaan negeri sangat serius membangunkan Wang Kelian sebagai kawasan pelancongan di samping pusat perniagaan.

"Mengikut rekod polis negeri, tiada sebarang kejadian penyeludupan dadah, senjata api mahupun pencerobohan pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui ICQ tersebut malah kita mempunyai tiga tapisan sekatan keselamatan di situ.

"Pembatalan tersebut telah menyebabkan Wang Kelian kini menjadi sunyi sepi selain menjejaskan peniaga yang di sempadan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memperjelaskan pandangan Datuk Ismail Kasim (BN-Tambun Tulang) bahawa Perlis seolah-olah dijadikan kambing hitam dengan penutupan ICQ Wang Kelian sedangkan terdapat ICQ lain di negara ini bersempadan dengan Thailand menjadi laluan aktiviti jenayah pada sidang Dun di sini, semalam.

Ismail sebelum itu mengemukakan soalan mengenai usaha kerajaan negeri dalam melihat hubungan dua hala dengan Kerajaan Thailand terutama melihat pintu sempadan Wang Kelian sebagai laluan perdagangan baharu yang boleh meningkatkan kawasan berkenaan sebagai pusat pertumbuhan di Perlis .

Tambah Azlan, beliau tidak mahu menuduh Perlis telah dijadikan kambing hitam oleh kementerian terbabit, namun pembatalan Zon Aliran Bebas itu benar-benar memberi kesan buruk kepada industri pelancongan negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan statistik daripada Kastam Diraja Malaysia pada 2014 sejumlah RM338,583 telah dikutip melalui pintu masuk Wang Kelian dengan rekod kemasukan pengunjung Thailand sebanyak 204,000 orang berbanding kemasukan rakyat tempatan ke negara itu seramai 142,000.

"Antara peralatan yang paling banyak dibeli oleh pelancong Thailand adalah peralatan elektrik dan ia menguntungkan peniaga tempatan apabila nilai mata wang Bath lebih tinggi berbanding ringgit, manakala rakyat kita yang berkunjung ke sana hanya membeli makanan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register