- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
Keghairahan tarian gelek semakin menggegarkan ibu kota Vietnam. Tarian itu menggoyangkan tubuh badan dan melonjakkan semangat memperkasa wanita ke arah satu ekspresi diri yang baru.
Semenjak tarian penuh sensasi itu bertapak di Hanoi dua tahun lalu, kira-kira enam kumpulan penari muncul manakala lebih daripada 1,000 wanita menyertai kumpulan-kumpulan itu. Mereka terdiri daripada pelajar, ahli perniagaan, wartawan dan pegawai polis.
"Sebelum ini saya pernah menetap di beberapa negara di Asia. Antaranya, Hong Kong, China, Filipina dan India. Tetapi tarian gelek merebak secara drastik di Hanoi berbanding lokasi lain," kata Ara Hwang, seorang penggubah tarian yang membawa tarian itu ke Hanoi.
"Saya berhijrah dari Shanghai ke sini semata-mata untuk mengajar tarian salsa. Saya dapat melihat wanita Vietnam memiliki penampilan menarik dan penuh kesabaran. Maka, saya terfikir mengapa tak kenalkan tarian gelek?" katanya sambil duduk di Studio Tarian Apsara.
Menurut Hwang, dia terkejut melihat perkembangan tarian itu iaitu kewujudannya pada abad lalu di rumah gundik di negara Asia Barat yang kini menjadi irama terbaru wanita moden di kawasan urban Vietnam di mana masyarakatnya sedang menjurus ke arah perubahan drastik.
"Mengikut norma dan budaya masyarakat Vietnam, secara tradisi seseorang tidak digalakkan meluahkan perasaan mereka," katanya.
"Tetapi melalui pengetahuan, wanita Vietnam memiliki perwatakan gagah perkasa. Ini memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk meluahkan perasaan serta naluri masing-masing. Ia juga akan melonjakkan keyakinan saya," ujar Huong Giang yang merupakan seorang wartawan akhbar yang ketagih dengan tarian tersebut setelah mengikuti kursus tarian itu untuk menghasilkan tulisan mengenainya.
"Ia adalah sejenis tarian bersifat erotik dan seronok serta berbeza daripada kehidupan normal kita. Tetapi bukan semua orang di sini dapat berkongsi keghairahan ini. Beberapa golongan bapa, suami dan teman lelaki hanya dapat menerimanya setelah dipujuk," jelas seorang penari.
"Pada awalnya teman lelaki saya tidak benarkan saya untuk membuat persembahan," kata Nguyen Kien Trinh yang merupakan seorang pelajar jurusan pemasaran. Dia mendapat inspirasi mengenai tarian tersebut apabila menonton filem Asia Barat dan India sejak kecil.
"Tetapi perubahan yang dirasai dalam badan dan minda membuatkan saya berasa gembira. Kini, teman lelaki saya dapat menerima dan menyokong tarian gelek itu," ujarnya lagi.
Hwang pula berkata: "Masyarakat Vietnam memiliki pemikiran terbuka terutama golongan wanita.
"Dalam tempoh masa dua tahun ini, banyak perubahan berlaku. Saya rasa ini adalah satu revolusi." - AFP
Gebu juga nie....
)

Attachments
-
26.5 KB Views: 254