TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Ada antara pengguna LPT2 turut mengambil gambar tapir berkenaan
KEMAMAN - Selepas digemparkan dengan kehadiran harimau belang di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, Dungun pada 5 Januari lalu, pengguna LPT2 sekali lagi terkejut apabila melihat seekor tapir dewasa merayau-rayau di atas lebuh raya berkenaan
Haiwan hampir pupus itu yang terkenal dengan jolokan 'panda Malaysia' berikutan mempunyai persamaan warna badan hitam dan putih dilihat berkeliaran di kawasan lebuh raya itu yang berada berhampiran susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam
Kehadiran binatang liar yang agak jinak itu membuatkan ada antara pengguna LPT2 memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir itu dan merakam gambar
Gara-gara teruja, ada juga pengguna yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan mengambil peluang memerhatikan gelagat serta pergerakan tapir berkenaan yang dipercayai tersesat ketika melintas lebuh raya itu
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tapir-pula-dikesan-lintas-lpt2-1.611932