BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangkap tikus dapat duit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LIPIS - Dalam usaha mengatasi penularan wabak kencing tikus, Majlis Daerah Lipis (MDL) akan menyediakan ganjaran kepada orang ramai yang membawa tikus hidup sempena Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Lipis pada 24 Ogos ini.

Setiausahanya, Mohd Pauzi Abu Hussaini berkata, ia merupakan usaha pihak MDL menarik minat orang ramai untuk turut serta secara tidak langsung dalam kempen yang dijalankan serentak di seluruh negara.

“Orang ramai dipelawa membawa tikus hidup tanpa mengira saiz ke kempen yang akan diadakan di bangunan Centrepoint, esok jam 9 pagi.

“Pihak MDL akan bayar RM2 bagi seekor tikus yang diserahkan kepada kami. Usaha ini dilakukan bagi mengatasi penularan wabak kencing tikus atau leptospirosis di negara ini yang dilihat amat berbahaya dan perlu diatasi dengan segera,” katanya, di sini, kelmarin.

Mohd Pauzi berkata, walaupun daerah ini tidak mempunyai rekod berkaitan wabak kencing tikus, namun ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

“Beberapa bulan lalu insiden penyakit kencing tikus banyak dilaporkan di dalam media, walaupun ia bukan berlaku di daerah ini, namun kita perlu mengambil inisiatif melancarkan kempen anti wabak kencing tikus ini.

“Ini penting kerana tidak ramai yang mengetahui bahaya penyakit ini dan penyebab penyakit ini adalah tikus-tikus yang berkeliaran di merata tempat,” katanya.

Menurutnya, kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai cara pencegahan dan kawalan wabak penyakit itu.

Katanya, selain bersama-sama menghapuskan tikus, seluruh masyarakat termasuk pemilik restoran hendaklah memastikan persekitaran premis mereka sentiasa bersih supaya tidak mengundang kehadiran haiwan perosak itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbukti menjadi punca kepada pencemaran dan penularan wabak penyakit yang boleh membahayakan orang awam,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/tangkap-tikus-dapat-duit-1.194809
 
Yang bawak seratus tu rumah/premis dia kena serbu.
Hihihi

Bagus idea, serampang 2 mata. Mana area plg banyak bawak tikus.. itu la target kita ye.
 
budaya membelanja duit rakyat sesuka hati berjangkit...tak de idea lain ke nak bagi suruh org bunuh tikus..semua tabur duit..kutip satu tikus kat malaysia bawa pi dekat majlis daerah lipis mau kena sita pula bangunan majlis macam diperlis duit habis
 
apesal la kat area tempat tinggal den takde buat kempen camni..

rumah den banyak tikus..
kalau boleh jual, masyuk gak :p
 
fuhhh masyuukk tu...,kat flat aku byk tikus berkeliaran tu,
besar2 plak tu..kucing pon takut..klu rajin setakat 50-100
ekor blh dpt sehari tu..bila palk la MPAJ nak wat kat kempen
kat flat aku nie...
 
Back
Top
Log in Register