BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangan hancur main mercun

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Tangan 'hancur' main mercun
FB_IMG_1681123588692.jpg


KEADAAN tangan mangsa yang cedera akibat bermain mercun. FOTO tular media sosial

Kuala Nerus: Seorang lelaki berusia 27 tahun parah di kedua-dua belah tangan dan luka di badan selepas dipercayai bermain mercun yang diubah suai dalam kejadian di daerah ini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan yang kuat berdekatan dengan rumah mereka kira-kira 3.30 pagi.

Beliau berkata, abang mangsa pada mulanya menyangka berlaku pergaduhan dan bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimanapun, sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan disyaki akibat letupan mercun yang diubah suai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah kejadian kedua yang direkodkan di daerah ini akibat mercun selepas empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lalu," katanya.



#harianmetro
 
Umur 27 dah blh fikir dah skrg menyesal pun tak guna
 
Takziah la..nanti boleh nasihatkan orang lain pulak jangan main mercun.
 
pengalaman menjadikan anda lebih dewasa..:LOL:, selamat hari raya 2023
 
Tangan 'hancur' main mercun
FB_IMG_1681123588692.jpg


KEADAAN tangan mangsa yang cedera akibat bermain mercun. FOTO tular media sosial

Kuala Nerus: Seorang lelaki berusia 27 tahun parah di kedua-dua belah tangan dan luka di badan selepas dipercayai bermain mercun yang diubah suai dalam kejadian di daerah ini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan yang kuat berdekatan dengan rumah mereka kira-kira 3.30 pagi.

Beliau berkata, abang mangsa pada mulanya menyangka berlaku pergaduhan dan bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimanapun, sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan disyaki akibat letupan mercun yang diubah suai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah kejadian kedua yang direkodkan di daerah ini akibat mercun selepas empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lalu," katanya.



#harianmetro

Pikir dulu pendapatan,
Dah terantuk baru tengadah,
Kan deme dh ingatkan,
Main mercun takdo pekdah,
Kang dh cacat tubuh badan,
Baru nk nyesal tak sudah..

Ekekeke 😂
 
Back
Top
Log in Register