lempeng
Fun Poster
- Messages
- 338
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 338
- Reaction score
- 76
- Points
- 20
Memang aku baru nak berforum balik. Tapi dalam jangkamasa yang amat singkat aku dah tau...aku dah tau segelintir orang2 yg masuk baca kat forum ni niat dan hati dia buruk...korang just masuk sini sebab nak ambik idea cerita, gaya bahasa lepas tu instead of sumbang apa2 kat dalam forum ni korang cedok/create, letak cerita kat tempat korang kan... contoh macamm...fiksyen shasha kan...tu baru satu aku sebut..
Tandas Gereja
Ketika saya berusia 6 tahun, keluarga saya selalu pergi ke gereja setiap hari Ahad. Suatu hari semasa ada upacara sembahyang, saya perlu ke tandas, jadi saya pergi ke tingkat atas di mana tandas terletak. Keadaan sangat sunyi kerana tidak ada orang di bahagian bangunan ini kecuali saya.
Tandasnya agak pelik. Untuk menutup pintu, kita perlu menarik pintu dan menguncinya di antara rangka pintu. Ia bukanlah sukar, tetapi saya fikir ia agak pelik. Pintu-pintu ini sentiasa tertutup, sama ada ada orang di dalam atau tidak. Walaupun kita tinggalkan pintu terbuka, ia akan perlahan-lahan tertutup dengan sendirinya.
Saya membongkok untuk melihat bawah tandas pertama dan tidak nampak kaki, jadi saya memilih tandas itu. Ketika saya sedang berada di dalam, saya terdengar seorang wanita sedang berdendang (humming). Saya berhenti dan mendengar, kerana saya pasti tidak ada orang lain di dalam tandas itu, tetapi saya tidak faham bagaimana suara itu boleh datang dari luar. Ia tidak kedengaran seperti sebuah lagu, tapi lebih seperti potongan-potongan lagu atau seperti seseorang yang sekadar main belasah je bunyi dan irama lagu tu macam mana.
Pada ketika itu, saya fikir mungkin wanita itu baru sahaja masuk ke tandas selepas saya masuk dan saya tidak perasan. Rasa seolah-olah dia berada di tandas sebelah saya. Saya fikir ia agak pelik, tetapi teruskan sahaja hajat saya.
Dendangan itu berhenti dan saya fikir dia sudah keluar. Tetapi ketika saya sedang mengenakan semula seluar, terdengar bunyi dendangan itu sekali lagi. Saya berhenti dan memasang telinga. Dia masih belum keluar? Saya melihat bawah tandas dan cuba melihat kasutnya. Tidak ada kaki di sebelah tandas saya atau tandas di sebelahnya. Tandas ini hanya ada tiga kubikel dan ia kecik aje.
Saya fikir wanita itu berada di depan sinki. Saya keluar dari tandas dan lihat tidak ada orang di depan sinki. Bunyi dendangan itu berhenti. Saya membongkok untuk melihat bawah ketiga-tiga tandas itu. Tiada apa-apa. Saya sedang mencuci tangan ketika saya mendengarnya sekali lagi, dan kali ini ia datang dari salah satu tandas. Saya mengeringkan tangan dan melihat ke luar tandas, tiada sesiapa di luar. Saya masuk kembali dan melihat keadaan sekeliling, cuba mencari dari mana suara itu datang.
Saya buka tandas pertama, yang saya gunakan tadi, dan tiba-tiba sunyi. Tiada siapa di dalam, seperti yang dijangka. Saya paksakan diri membuka pintu tandas kedua, dan tidak ada apa-apa di situ. Rasa saspen dan takut saya semakin menjadi-jadi ketika mendekati tandas ketiga. Saya segera membuka pintu dan cepat2 melangkah mundur ke belakang, walaupun tiada apa-apa di dalam.
Saya tersandar di dinding yang jauh dari kubikel2 tandas tersebut sambil tercungap2 ketakutan serta rasa sangat keliru dan pelik sesangat . Tak ada apa2 pun…. Adakah saya berhalusinasi pada saat ini sebab kebosanan dengar ceramah?
Tiba-tiba saya mendengar bunyi dendangan itu lagi, kali ini lebih kuat. Dan ia datang dari kubikel tandas yang tengah2. Saya mendiamkan diri dan menunggu ia berhenti, tetapi kali ini ia tidak berhenti. Dengan rasa cemas yang amat saya terus berlari keluar kembali ke ruang gereja. Saya tidak pernah menggunakan tandas itu lagi selama dua tahun selepas itu. Dan lepas tu kalau saya nak guna pun, saya akan pastikan ada ramai orang kat dalam tu.
Last edited: