oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
POKOK ganja yang dirampas. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
PERBUATAN dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun menanam pokok ganja di rumah sewa mereka membawa padah apabila perbuatan itu terbongkar ketika pemeriksaan polis.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, polis yang menjalankan Op Tapis datang ke rumah berkenaan di Titi, Jelebu, jam 1.30 tengah hari semalam.
Katanya, pemeriksaan pada tubuh suspek ketika berada di hadapan rumah berkenaan tidak menemui barang terlarang.
“Polis kemudian membuat pemeriksaan di bilik tidur di rumah suspek sebelum melihat satu tangga kayu yang disandarkan di tepi dinding.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tangga itu digunakan suspek untuk ke ruang loteng dan selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, polis menemui lapan pasu pokok ganja di loteng berkenaan,” katanya di sini, hari ini.
Kamarul Rizal berkata, hasil siasatan mendapati pokok ganja itu ditanam sendiri menggunakan benih yang diambil daripada ketulan ganja yang diperolehi daripada pengedar dari Melaka.
Katanya, semua pokok ganja berkenaan dianggar berusia tiga hingga lapan bulan manakala ujian air kencing suspek positif dadah.
“Suspek mengaku menanam pokok ganja berkenaan untuk kegunaan sendiri dan siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing bekerja sendiri dan kakitangan agensi kerajaan.
“Selain Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 6B akta sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan,” katanya.
sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413986/tanam-8-pasu-pokok-ganja
.