BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah Runtuh Cameron Highlands

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS
FB_IMG_1697107235775.jpg
FB_IMG_1697107238078.jpg
FB_IMG_1697107241078.jpg

Sepasukan Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands diarahkan ke lokasi kejadian Tanah Runtuh di kawasan penempatan semula Orang Asli Sungai Ruil Golden Hill, Cameron Highlands pagi ini.

Tiga buah motosikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh berdekatan kawasan penempatan semula Orang Asli Kampung Sungai Ruil Golden Hill.

Penghuni 16 buah rumah yang berdekatan diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing sehingga pemeriksaan lanjut dijalankan. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands, tiga motosikal tertimbus, penghuni 16 rumah diarah pindah

KEJADIAN runtuhan tanah berdekatan rumah penempatan semula Orang Asli di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
12 Oktober 2023
CAMERON HIGHLANDS: Tiga buah motosikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh berdekatan kawasan penempatan semula Orang Asli Kampung Sungai Ruil Golden Hill, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.15 pagi.

“Pegawai operasi, Wan Ziadi Wan Mokhtar mengesahkan kejadian tanah runtuh berdekatan perumahan tersebut melibatkan tiga buah motosikal tertimbus dan kerosakan 10 peratus garaj kereta di sini.

“Bagaimanapun kejadian tanah runtuh ini tidak melibatkan nyawa dan kecederaan mangsa, manakala di lokasi dilaporkan tidak hujan ketika kejadian tersebut,” katanya.

Menurut Zulfadli, anggota bomba telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian dan mendapati masih ada lagi pergerakan tanah di kawasan tersebut.

“Pihak bomba telah mengarahkan penghuni di 16 buah rumah di kawasan tersebut supaya mengosongkan kediaman masing-masing untuk jaminan keselamatan.

“Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ruil,” katanya.

Ujarnya, anggota BBP Cameron Highlands terus membuat pemantauan di lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register