BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tambang cuma RM5, dapat RM50

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


RANTAU PANJANG - Peribahasa 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu' sesuai digunakan bagi menggambarkan keuntungan diperoleh penunggang motosikal tambang di Rantau Panjang Golok, Thailand.

Kamarudin Che Man, 64, berkata, dia tidak menyangka seorang pelanggannya membayar tambang RM50 sedangkan tambang untuk perjalanan kurang daripada 10 kilometer hanya RM5.

Menurutnya, itu adalah antara kenangan paling manis di sepanjang perkhidmatannya sebagai penunggang motosikal tambang di Rantau Panjang.

“Tidak selalu saya dapat upah yang lumayan seperti ini, kerana ada beberapa kali penumpang lari biarpun tambang hanya RM2.

“Mungkin kerana kenangan dapat RM50 daripada pelanggan menyebabkan saya terus kekal dengan kerja ini lebih 15 tahun, berbanding kerja kampung yang tidak pernah kekal lama,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Hasan Pit, 63, berkata, walaupun upah tambang hanya RM5, namun jika dihitung hasil dalam masa sehari, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, ia mungkin mencapai sehingga ratusan ringgit.

Di sebalik keghairahan mencari rezeki, Hasan berkata, ada juga penumpang mengambil kesempatan terhadap penunggang motosikal tambang terutama yang berusia sepertinya.

“Pelanggan sengaja minta kami menghantar mereka di kawasan terpencil sebelum merompak dan melarikan motosikal.

“Itulah nasib sebagai penunggang motosikal tambang, namun saya tak jadikan ia peluntur semangat untuk terus berkhidmat di sini,” katanya.

Hasan berkata, antara pantang larang yang digunakan ketika bekerja adalah memastikan setiap pelanggannya mempunyai pasport perjalanan sekiranya mahu menyeberang ke Golok, Thailand.

Ini kerana katanya, ia dapat mengelakkan penunggang motosikal tambang turut disabitkan kesalahan kerana bersekongkol dengan pendatang tanpa izin.


sumnber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tambang-cuma-rm5-dapat-rm50-1.473802
 
Thailand punya style.
tapi kat malaysia ni.. perkhidmatan dia orang tak diiktiraf..
kira prebet sapu jer la..

kat Thai, dia orang ni level sama macam teksi.. siap ada vest khas.
 
Thailand punya style.
tapi kat malaysia ni.. perkhidmatan dia orang tak diiktiraf..
kira prebet sapu jer la..

kat Thai, dia orang ni level sama macam teksi.. siap ada vest khas.

Jangan buat pasal nak buat dekat Malaysia. Gengster teksi penat tak habis lagi demo bantah uber/grabcar. Dah datang bala yang ni pulak :))
 
kalau kena iktiraf kat sini aku pun nak buat..official punya
 
kalo buat perkhidmatan ni kat Malaysia,
mesti drebar teksi tak boleh cari makan..
mau dorang kumpul ramai2 pastu mogok lapar..
 
Jangan buat pasal nak buat dekat Malaysia. Gengster teksi penat tak habis lagi demo bantah uber/grabcar. Dah datang bala yang ni pulak :))

Buat motorsikal tambang kat KL bahaya ooo... kenderaan lain banyak. Takut bertambah kemalangan.
 
Back
Top
Log in Register