BTC USD 84,571.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taman tema Two RM5b

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
PEMAJU hartanah, DA Land Sdn. Bhd melancarkan taman tema Two bertaraf dunia dari segi dalaman dan luaran, yang dijangka melibatkan kos terkumpul sehingga RM5 bilion di tapak seluas 20.4 hektar di Rawang, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif DA Land, Derek Chew berkata, Two akan dibangunkan pada awal tahun depan bukan sahaja dijadikan sebagai resort taman tema, malah dilengkapi bandar borong dan cawangan pusat membeli-belah.

Two seterusnya akan dijadikan sebagai taman tema ‘tiga dalam satu.’

“Projek pembangunan mega Two adalah pembangunan bersepadu yang mana setiap komponen mendorong sinergi antara satu sama lain.

“Kami percaya lokasi unik dan capaian terus ke dan dari Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan memastikan masa depan projek ini mampan dan statusnya sebagai pembangunan runcit Malaysia ikonik,” katanya, semalam.

Chew berkata, Two boleh dijadikan sebagai hab serantau aktiviti memborong untuk penduduk Asean kerana Malaysia merupakan pusat strategik di Asia untuk pelancong.

Menurutnya, ia juga boleh menjadi perhentian rehat ideal pelancong jarak jauh yang menggunakan Plus.

“Two adalah prospek pelaburan ideal memandangkan nilai projek ini terletak pada jenis pelanggan yang akan ditarik dan pelaburan runcitnya,” katanya.
 
makin banyak taman tema
serentak dengan semakin pupusnya nilai tradisi tempatan
 
nak naikkan nilai hartanah area Rawang
 
Pergggg
Rugi jual hartanah kat rawang awal2
Makin lame makin maju rawang
 
banyak taman tema lani, masa aku kecik2 dulu mampu pergi fun fair je.. kehkehkehkeh
 
yg ada la nie pun x habis pusing lg...ni tambah lagi satu....fuuhhh...
 
Back
Top
Log in Register