BTC USD 83,585.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dinosaur taman tema untuk dijual

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,209
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,209
Reaction score
351
Points
141
dinosaur.jpg

Antara replika dinosaur dari Field Station: Dinosaurs yang dijual. - Facebook

TRENTON, NEW JERSEY – Sebuah taman hiburan di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menjual berpuluh-puluh replika dinosaur gergasi selepas lokasi tarikan pelancong itu bakal ditutup pada November ini, lapor akhbar New York Post.

Taman dinamakan Field Station: Dinosaurs itu terletak di Leonia, daerah Bergen.

Pemilik taman tersebut, Guy Gsell berkata, dia telah menerima banyak panggilan daripada pembeli untuk memiliki salah satu daripada 25 replika dinosaur animatronik miliknya.

“Kami turut mendapat panggilan daripada muzium, zoo serta individu kaya yang mahukan replika tersebut untuk diletakkan di halaman rumah mereka,” kata Gsell.

Antara replika yang dijual termasuk Tyrannosaurus Rex setinggi 11.88 meter berharga AS$2,700 (RM11,400), manakala Triceratops setinggi 4.87 meter dijual pada harga AS$1,668 (RM7,000).

Replika dinosaur paling mahal adalah Apatosaurus setinggi 22.86 meter yang dijual pada harga AS$2,860 (RM12,100).

Kesemua replika itu dijual di platform Facebook Marketplace. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register