BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasut tema ‘berkaki ayam’ jenama mewah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kasut tema ‘berkaki ayam’ jenama mewah​

KASUT1.jpg

GAMBAR menunjukkan aktres Margaret Qualley menggayakan kasut separa jenama Chanel, baru-baru ini.  – AGENSI

PARIS – Apabila rumah fesyen terkemuka, Chanel memperkenalkan ‘kasut separa’ semasa pertunjukan fashion cruise 2027 pada April lalu, kasut itu mencetuskan perdebatan hangat netizen, lapor majalah TN.

Kasut separa yang menyebabkan si pemakai kelihatan seperti berkaki ayam itu tetap mengundang kontroversi walaupun diperagakan di pentas peragaan yang sempurna dan direka khas.

Kini, pelakon Margaret Qualley menjadi antara orang pertama berani memperagakannya di permaidani merah, di London sempena tayangan perdana dunia filem baharunya, The Dog Stars arahan Ridley Scott, baru-baru ini.

Qualley tiba di Leicester Square dengan memakai gaun Chanel dan ‘kasut berkaki ayam’ jenama Chanel.

Kasut unik atau pelik bukanlah sesuatu yang baharu, kerana kaki yang disarungkan dengan ciptaan pelik hampir pasti akan mendapat perhatian utama media.

Alexander McQueen pernah mencipta tumit tinggi Armadillo 12 inci untuk musim bunga 2010, yang menyelubungi seluruh kaki dalam bentuk bulat yang pelik, manakala Gucci melapisi kasut slaidnya dengan bulu untuk musim luruh 2015. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register