ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
M Gunaseelan
KETUA Operasi Desa Water Park, M Gunaseelan berkata, pelaksanaan cukai hiburan dijangkamenyebabkan penurunan sehingga 60 peratus pengunjung serta-merta.
"Setiap kali orang datang ke taman tema dalam kuantiti yang ramai, peningkatan itu sudah pasti dirasai.
"25 peratus adalah jumlah yang banyak dan akan membebankan rakyat, secara tidak langsung orang tidak lagi ke taman tema," katanya.
Menurutnya, taman tema memerlukan satu pelaburan yang besar sama ada untuk penyelenggaraan, baik pulih kerosakan dan penambahbaikan yang dilakukan setiap dua tahun sekali.
Bukan itu sahaja, peningkatan tarif elektrik dan air juga terpaksa ditanggung oleh pengendali taman tema.
Katanya, Desa Water Park banyak menerima kunjungan lawatan sekolah, golongan ini akan terbeban dengan kenaikan harga ini.
"Pengunjung kami rata-rata golongan Bumiputera dan yang berpendapatan sederhana. Bukan itu sahaja, pelaksanaan cukai juga akan membebankan mereka yang tidak mampu ke luar negara untuk memenuhi musim cuti persekolahan," katanya.
Sementara itu, Pengarah A'Famosa Resort Hotel Sdn Bhd Kenjoo Lau Joo Feng berkata, adalah tidak realistik taman hiburan dikategorikan di dalam cukai hiburan kerana ada taman tema yang berkonsep pendidikan seperti A'Famosa yang mempunyai Safari bertujuan untuk mendidik pelajar yang datang untuk lawatan.
Katanya, dalam pada itu cukai 25 peratus tersebut sukar untuk ditanggung oleh syarikat dengan kos-kos yang sedia ada. Oleh itu, pengunjung terpaksa membayarnya.
"Kami hanya menjadi orang tengah untuk mengutip cukai dan akan membayar kepada kerajaan.
"Jika syarikat bayar sendiri, syarikat terpaksa menguruskan semula kewangan dan mengurangkan beberapa kos lain bagi menampung cukai berkenaan. Apa yang dapat dilihat, taman tema yang tidak mampu bertahan terpaksa menutup operasinya," katanya.
Menurutnya, penutupan taman tema juga memberi kesan kepada jumlah pengangguran dan rangkaian di dalam industri ini.